awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nicki Minaj akhirnya dedah jantina bayi selepas dua minggu bersalin

Isabelle Leong
Isabelle Leong
16/10/2020
06:01 MYT
Nicki Minaj akhirnya dedah jantina bayi selepas dua minggu bersalin
NICKI: Sangat sayang padanya. Budak lelaki kegemaran saya di seluruh dunia. - Instagram/@nickiminaj
BIARPUN sudah selamat bersalin dua minggu yang lalu, ratu rap antarabangsa Nicki Minaj memilih untuk kunci mulut mengenai jantina cahaya mata pertamanya kepada umum.
Bagaimanapun, Nicki akhirnya mendedahkan jantina bayinya menerusi satu muat naik di laman Instagram peribadinya pada Khamis.
Pada hantaran tersebut, beliau mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan selebriti yang mengirimkan ucapan tahniah atas kelahiran anak lelakinya.
Beliau juga menyertakan gambar kad-kad ucapan daripada rakan-rakannya pada muat naik yang sama.
“Terima kasih kepada Queen B, Kim & Ye, Riccardo Tisci, Winnie, Karol dan semua yang mengirimkan ucapan.
“Ia amat bermakna buat saya.
View this post on Instagram
Thank you to Queen B, Kim & Ye, Riccardo Tisci, Winnie, Karol & everyone who sent well wishes during this time. It meant the world to me. I am so grateful & in love with my son. Madly in love. My favorite liddo boy in the whole wide world.
“Saya sungguh bersyukur dan sayang akan anak lelaki saya. Sangat sayang padanya. Budak lelaki kegemaran saya di seluruh dunia,” tulisnya dalam kapsyen entri itu.
Nicki, bagaimanapun, tidak mendedahkan nama cahaya mata sulungnya itu.
Pada Julai lalu, penyanyi rap itu membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa beliau mengandung anak sulung, hasil perkongsian hidup dengan eksekutif muzik, Kenneth Petty.
View this post on Instagram
#Preggers
Penyanyi yang banyak menghasilkan karya bersifat provokatif itu, telah berkahwin dengan Petty sekitar Oktober tahun lepas.
Topic Berkaitan
#Nicki Minaj
#Jantina
#bayi lelaki
#Kenneth Petty
#penyanyi rap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan