awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nidji nafi terlibat pesta muzik di Kuala Lumpur, nama diambil tanpa kebenaran

Asyraf Malik
Asyraf Malik
06/07/2025
10:10 MYT
Nidji nafi terlibat pesta muzik di Kuala Lumpur, nama diambil tanpa kebenaran
Nidji ketika konsert solo pertama di Malaysia, "Nidji 2.3: The New Chapter" di Axiata Arena, Bukit Jalil pada awal Februari. - Gambar fail/ Bernama
Kumpulan muzik terkenal Indonesia, Nidji menafikan penglibatan mereka dalam sebuah pesta muzik di Axiata Arena, di sini, 16 November depan.

Ringkasan AI
  • Kumpulan muzik Nidji menafikan penglibatan mereka dalam pesta muzik di Axiata Arena pada 16 November dan menyatakan nama serta imej mereka digunakan tanpa kebenaran.
  • Nidji menyuarakan kebimbangan terhadap penjualan tiket yang masih berlangsung kerana ia boleh menimbulkan salah faham dengan peminat dan menjejaskan kerjasama masa depan.
  • Mereka menegaskan sebarang pertanyaan lanjut perlu diajukan kepada pihak penganjur, manakala platform jualan tiket konsert dilaporkan tergendala dan Astro AWANI sedang mendapatkan maklum balas penganjur.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Nidji menegaskan mereka tidak pernah bersetuju untuk membuat persembahan atau mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi yang mengesahkan penyertaan mereka dalam festival tersebut.
“Sebarang penggunaan nama, imej atau kaitan kami dengan acara itu dilakukan tanpa pengetahuan dan keizinan kami, serta tidak mewakili pendirian rasmi kumpulan,” jelas Nidji.
Nidji turut menyuarakan kebimbangan terhadap penjualan tiket yang masih berterusan kepada orang awam, berikutan strategi pemasaran konsert itu mengetengahkan nama kumpulan mereka.
“Kami memandang serius perkara ini kerana ia boleh menimbulkan salah faham yang mungkin menjejaskan hubungan kami dengan peminat serta kolaborasi masa hadapan.” kata Nidji.
Tambah band popular Indonesia itu, sebarang pertanyaan lanjut harus diajukan kepada pihak penganjur memandangkan Nidji tidak terlibat sama sekali dengan konsert tersebut.
Sementara itu, tinjauan Astro AWANI mendapati platform jualan tiket konsert itu tergendala hari ini.
Astro AWANI sedang mendapatkan kenyataan pihak penganjur berkaitan isu ini.
Topic Berkaitan
#Nidji
#pesta muzik
#Axiata Arena
#nafi terlibat konsert
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan