awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nikmati internet 50Mbps untuk RM99 sebulan menerusi Astro Broadband Bundle

Gempak
Gempak
08/01/2019
20:53 MYT
Nikmati internet 50Mbps untuk RM99 sebulan menerusi Astro Broadband Bundle
Gobind (lima, kiri) bersama Kerk (empat, kiri) dan Henry (tiga, kiri) pada majlis pelancaran Projek rintis bagi Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara di Jasin pada Selasa. - Astro GEMPAK
BERSEMPENA majlis pelancaran Projek rintis bagi Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) di Jasin pada Selasa, Astro menawarkan perkhidmatan internet bersama-sama pakej kandungan daripada Astro pada harga sangat menarik menerusi Astro Broadband Bundle.
Menerusi Astro Broadband Bundle, Astro bekerjasama dengan pihak City Broadband dan menawarkan perkhidmatan internet berkelajuan 50Mbps pada harga RM99 sebulan dan 100Mbps pada harga RM129 sebulan.
Menariknya, bayaran yang ditawarkan merangkumi Family Pack Astro yang mempunyai lebih 40 saluran seperti Astro Ria, Astro Prima, Astro Arena, Astro Awani, NatGeo WILD dan juga FOXLife.
Ia ditawarkan khas kepada penduduk Jasin yang tinggal di Kuarters Polis Jasin, Taman Merbau Perdana, Taman Maju dan Felda Kemendor.
BACA: 1,100 rumah di Jasin nikmati internet sepantas negara maju
Bagi pengguna yang berminat, anda boleh membuat pendaftaran bersama pihak Astro dan berpeluang untuk turut menikmati saluran eksklusif terpilih sehingga 31 Januari 2019.
Semua pengguna yang layak dan terpilih untuk mengikuti ujian rintis ini akan tertakluk di bawah kontrak selama 24 bulan yang bermula 1 Februari 2019.
Terdahulu pada Selasa, projek rintis bagi NFCP itu dilancarkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.
Turut hadir, Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Kerk Chee Yee, Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan.
Topic Berkaitan
#Astro
#Broadband Bundle
#Family Pack Astro
#gentian optik
#Gobind Singh Deo
#Internet
#Jasin
#kontrak
#Leo Moggie
#NFCP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan