awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nizam, Izzue & Farah taruh harapan

Khairul Wasiril Aswad
Khairul Wasiril Aswad
22/02/2013
13:36 MYT
Nizam, Izzue & Farah taruh harapan
Menjelang malam kemuncak Festival Filem Malaysia 25, beberapa calon dalam kategori tertentu dijemput menghadiri sesi temu ramah di Astro Awani.
Antara yang hadir dalam program hiburan Gala TV iaitu Nizam Zakaria, calon Pengarah Harapan, Izzue Islam, calon Pelakon Harapan Lelaki serta Farah Nazirah yang tersenarai dalam dua percalonan iaitu Pelakon Harapan Wanita dan Pelakon Wanita Terbaik.
Cinta Kura-Kura terbitan KRU Studios merupakan filem sulung Nizam Zakaria yang membolehkannya tersenarai dalam 3 percalonan iaitu Pengarah Harapan, Lagu Tema Terbaik serta Poster Terbaik.
Menurutnya, ia merupakan pengiktirafan terbesar buatnya walaupun hanya sekadar tercalon untuk menandingi pengarah pertama kali lain yang tidak kurang hebatnya.
“Jika saya memenangi percalonan, ini mungkin kerana pihak juri melihat terdapat potensi untuk diri saya menghasilkan lebih banyak karya yang berkualiti untuk industri filem di Malaysia,” kata Nizam.
Sementara itu, Farah Nazirah yang membintangi filem “Hoore Hoore” berjaya tersenarai dalam dua percalonan iaitu, Pelakon Harapan Wanita serta Pelakon Wanita Terbaik.
Pelakon baru ini bagaimanapun tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik sebaliknya menjangkakan Vanida Imran bakal memenanginya selain kagum dengan bakat pelakon serba boleh itu.
Izzue Islam yang lebih dikenali sebagai salah seorang ahli kumpulan penyanyi “Forteen” menyatakan bahawa dia sudah berkecimpung dalam dunia lakonan lama sebelum memulakan kerjaya nyanyian.
“Pada mulanya saya rasa amat terkejut apabila diberitahu bahawa saya tercalon dalam Festival Filem Malaysia kerana saya boleh dikatakan masih baru, namun rasa sangat bersyukur atas percalonan dan penghargaan ini,” kata Izzu.
Izzu dicalonkan menerusi filem 3 dimensi (3D) pertama di Malaysia hasil arahan Edry Abdul Halim yang berjudul 29 Februari.
Akim Ahmad serta Hazama Azmi juga merupakan penyanyi dan pelakon yang berjaya disenaraikan dalam kategori yang sama.
Topic Berkaitan
#Farah Nazirah
#Festival Filem Malaysia
#Gala Tv
#Izzu Islam
#Nizam Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan