KASIH dan sayang seorang ibu terhadap anak-anak melebihi diri mereka sendiri. Anak-anak adalah keutamaan dalam hidup mereka.
Lalu, apabila sampai masa seorang anak itu mendirikan rumah tangga, seorang ibu itu tidak mampu menyembunyikan rasa sedih mereka kerana anak yang dikandung dan ditatang harus memulakan hidup baharu.
Demikian juga yang dilalui penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris yang tidak mampu menyembunyikan kesayuannya apabila anak sulungnya, Mohd Aliff Haiqal Mohd Fauzi, 26, selamat mendirikan rumah tangga baru-baru ini.
Luahan hati Noraniza dalam laman sosial Instagram peribadinya semalam benar-benar menyentuh hati netizen.
Dalam kenyataan yang dimuat naik, Noraniza, 50, memohon maaf pada Aliff seandainya selama ini dia tidak menjadi seorang ibu yang sempurna.
"Jika duka yang kau jumpa, kembalilah kepada Allah. Jika suka yang kau jumpa, bersyukurlah. Doa sentiasa mengiringimu Aliff. Maafkan kerana mama bukanlah mama yang sempurna untukmu.
"Sesungguhnya, sedari awal telah mama halalkan segala urusanmu... teruskanlah perjalananmu dengan tenang dan penuh kasih sayang," tulis Noraniza yang turut menyebabkan netizen tersentuh hati.
Penyanyi lagu Awallah Dondang itu turut menyingkap momen-momen manis ketika menerima kehadiran Aliff dalam hidupnya.
"Pertama kali mendengar tangismu, hilang segala kesakitan melahirkanmu maka bermulalah tawa tangis mama penuh rasa keibuan.
"Masa berlalu pantas dan kini mama menyaksikan Alif berdiri depan pintu gerbang kehidupan baru. Bagai bicara Luqman Al Hakim dalam surah Luqman dalam al Quran, hidup umpama laut. Dalamnya tak terduga, isinya penuh pancaroba," ujar Noraniza lagi.
Sebagai ibu, Noraniza turut berpesan pada Aliff agar menjadi seorang ketua keluarga yang dapat membimbing isteri selain menghormati keluarga.
"Alif anakku, kau adalah ketua keluarga maka bimbinglah isterimu, bakal ibu kepada anak-anakmu. Hormati mertuamu, ipar dan saudara semendamu dan keluargamu sendiri," kata Noraniza.
Aliff dan Ezza Nafiesha Zakaria disatukan sebagai suami isteri di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 22 Disember lalu.
Aliff merupakan anak sulung Noraniza bersama bekas suaminya, Mohd Fauzi Mohd Tajuddin atau lebih dikenali sebagai Fareez.
Mereka juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Mohd Alfeeq Haiqal Mohd Fauzi, 25.
Astro Awani
Fri Dec 28 2018
NORANIZA IDRIS memeluk Mohd Aliff Haiqal pada majlis akad nikah anaknya baru-baru ini. - Gambar Instagram Noraniza Idris
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
Kemalangan: 45 maut kemalangan bas di Afrika Selatan
Seramai 45 maut dan seorang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Mamatlakala di wilayah utara Limpopo, Afrika Selatan, pada Khamis.
'Fast track' Mahkamah Syariah selesai kes cerai dalam masa sehari
Perkhidmatan laluan pantas atau 'fast track' Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya dibebaskan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu beberapa hari sebelum tarikh akhir pembayaran wang tebusan sebanyak $690,000 dolar.
Pembinaan Projek LRT Laluan Mutiara disasarkan bermula tahun ini
Kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke, pelaksanaan keseluruhan projek dijangka memerlukan tempoh masa lebih kurang enam tahun dan disasarkan beroperasi pada tahun 2030.
Pegawai kanan polis lindungi kegiatan haram tidak bergerak solo - SPRM
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Sumbangan Ahmad Rejal tinggal kesan mendalam dalam dunia kewartawanan negara - Anwar
Anwar menyifatkan sumbangan Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee meninggalkan kesan mendalam dalam dunia akhbar dan kewartawanan di Malaysia.
Tiada ‘free lunch’ untuk penambahan tol
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keputusan untuk tidak menambah tol menjelang sempena Hari Raya Aidilfitri adalah muktamad.
Kontrak pembinaan jajaran LRT dari KOMTAR ke Penang Sentral melalui tender terbuka
Jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke strategi itu bertujuan menjana hasil bukan tambang (non fare revenue) tambahan yang penting untuk dilaburkan balik dalam penyelenggaraan LRT Pulau Pinang pada masa hadapan.
"Lain macamlah dia ini" - Noraniza Idris ingin kolaborasi dengan Altimet
Wow! Confirm meletup!
Nota air mata Noraniza Idris buat anaknya
Tahniah Noraniza Idris kerana terima menantu