DALAM diam rupa-rupanya pelawak Jiggy Masin telah sah menjadi suami kepada atlet penerjun Malaysia iaitu Nur Dhabitah Sabri dengan sekali lafaz pada Jumaat lalu.
Menurut Jiggy, dia dan isterinya tidak berniat untuk merahsiakan pernikahan mereka namun memilih untuk berkongsi berita gembira itu pada waktu yang sesuai.
“Alhamdulillah, dengan sekali lafaz saya sah menjadi suami kepada Dhabitah pada Jumaat. Majlis akad nikah kami diadakan secara tertutup yang dihadiri ahli keluarga seramai 150 sahaja.
“Kami tak ada niat pun nak sorok apa-apa… cuma nak jaga amanah dan janji keluarga kedua-dua belah pihak untuk tidak umumkan apa-apa selagi belum sah.
“Saya nak minta maaf kepada rakan media sebab sebelum ini saya tak respons soalan mengenai kami sebab seperti yang saya katakan, nak jaga janji dan amanah keluarga,” katanya kepada Gempak.
Berkongsi mengenai perkenalan mereka sejak lebih setahun lalu, Jiggy memberitahu dia mula berkawan dengan atlet penerjun berusia 23 tahun itu ketika bertemu di sesi fotografi.
“Saya dan Dhabitah dah kenal lebih kurang setahun lebih juga lah. Mula-mula kami berkawan saja sebab jumpa masa sesi fotografi sama-sama.
“Kemudian kebetulan ada shooting program sama-sama. Jadi, dari situ macam rapat tapi memang tak ada plan nak kahwin ke waktu itu. Tapi, Alhamdulillah jodoh kami,” ujarnya.
Sementara itu, Jiggy berkata mereka merancang untuk mengadakan majlis resepsi namun belum ada tarikh memandangkan isterinya akan ke China selama sebulan untuk sesi latihan.
“Majlis buat dekat rumah Dhabitah… Insya-Allah resepsi ada tapi masih dalam perbincangan sebab dua-dua sibuk dan Dhabitah pun ada big competition coming including Olympic, Asian Games.
“Dia kena pergi China dalam sebulan untuk sesi latihan. Tapi once ada tarikh, Insya-Allah saya update untuk jemput kawan-kawan media,” katanya.
Untuk info, Jiggy pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara dan pelakon Elly Ariffin pada 9 September 2016 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Januari 2020. - Gempak
Gempak
Sun Apr 30 2023
Menurut Jiggy, dia dan isterinya tidak berniat untuk merahsiakan pernikahan mereka namun memilih untuk berkongsi berita gembira itu pada waktu yang sesuai. - Gambar/ Gempak
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
"Dia penyokong nombor satu saya..." - Dhabitah Sabri
Dhabitah titip ucapan terima kasih pada suami, keluarga dan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus menyokong dan mendoakan kejayaannya.
Nur Dhabitah Sabri, Jiggy Masin selamat bernikah
DALAM diam rupa-rupanya pelawak Jiggy Masin telah sah menjadi suami kepada atlet penerjun Malaysia iaitu Nur Dhabitah Sabri dengan sekali lafaz pada Jumaat lalu.