awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Lanjutan kontrak MotoGP Malaysia dijangka diketahui bulan ini - CEO SIC
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Oh My English! Hello America', dari Ganu ke Amerika

Astro Awani
Astro Awani
24/12/2013
00:19 MYT
'Oh My English! Hello America', dari Ganu ke Amerika
Astro akan meraikan kedatangan Tahun Baru dengan penayangan telefilem baharu 'Oh My English' yang difilemkan di Amerika Syarikat, kata Naib Presiden Perniagaan Generasi Seterusnya, Putri Yasmin Megat Zaharuddin.
Beliau berkata telefilem itu, 'Oh My English! Hello America', akan ditayangkan pada 15 Jan, pukul 9 malam di saluran Astro TVIQ dan saluran definisi tinggi (HD) di Astro Maya.
Yasmin berkata telefilem itu merupakan susulan kepada telefilem pertama Oh My English, "Oh My Ganu", yang mendapat sambutan amat menggalakkan dengan meraih sebanyak 1.1 juta tontonan pada hari tayangan perdananya dan berada di kedudukan nombor satu trend topik di laman Twitter di Malaysia.
"Oh My Ganu merupakan filem HD Astro yang paling ditonton pada 2013, dan sokongan peminat kami amat menakjubkan," kata Yasmin kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata telefilem itu merupakan cara Astro membalas sokongan tidak berbelah bahagi daripada para peminat.
Menurutnya, peminat program Oh My English! sudah pastinya akan gembira kerana kebanyakan watak kegemaran mereka akan dipaparkan dalam telefilem baharu ini seperti Henry Middleton (Zain Saidin), Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah), Cikgu Malik (Aaron Aziz), Encik Mohd Salleh (Harun Salim Bachik), Azlin (Izara Aishah), See Yew Soon (Roax Tan), Jibam (Akmal Nazri), Mazlee (Zhafir Muzani) dan Anusha (Kaameesha Ravichandran).
Topic Berkaitan
#Astro
#Oh My English
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan