Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Tun Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemerhatian - Mokhzani

PUTRAJAYA, 28 Sept - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersedih selepas jenazah Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20 di sini hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA  PUTRAJAYA, Sept 28 - Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad mourns after the late Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali was laid to rest at the National Heroes Mausoleum (Pusara Negara), Precinct 20 here today. - fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED
Tun Mahathir kelihatan bersedih selepas jenazah Tun Siti Hasmah dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, semalam. -- fotoBERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam untuk menjalani pemerhatian, kata anaknya Tan Sri Mokhzani Mahathir

Mokhzani berkata keadaan bapanya ketika ini adalah baik dan tidak membimbangkan, namun keputusan untuk memasukkannya ke IJN dibuat bagi membolehkan beliau diberi perhatian selepas pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

"Beliau dimasukkan ke IJN untuk pemerhatian. Dua hari lepas sangat menekan Tun M. Buat masa ini, beliau okey dan tidak dalam keadaan yang merisaukan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dr Siti Hasmah, 100, meninggal dunia di IJN pada pagi, 28 Sept lepas dan dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya pada hari yang sama dengan Istiadat Pengebumian  Negara.

Seorang lagi anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini berkata sebelum pemergian Dr Siti Hasmah,  Dr Mahathir berada di IJN untuk menemani isterinya sepanjang menerima rawatan.

 Dr Mahathir dan  Dr Siti Hasmah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956 dan tahun ini genap 70 tahun usia perkahwinan mereka dan pasangan itu dikurniakan tujuh anak.

--  BERNAMA

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement