awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Orang beli handbag saya untuk saya beli handbag Gucci? Amboi sedap mulut!' - Che Ta

Gempak
Gempak
10/01/2019
00:00 MYT
'Orang beli handbag saya untuk saya beli handbag Gucci? Amboi sedap mulut!' - Che Ta
Che Ta berkata koleksi beg tangan jenamanya memberi peluang orang ramai bergaya dengan reka bentuk setaraf jenama antarabangsa namun dalam harga mampu milik. - Astro GEMPAK
AKTRES jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta menafikan dakwaan netizen yang tidak bertanggungjawab mengatakan keuntungan dari perniagaan jenama beg tangan miliknya digunakan untuk membeli koleksi jenama mewah antarabangsa.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Menurut Che Ta, dia sudah mempunyai pelbagai koleksi beg tangan sejak dahulu lagi sebelum mengeluarkan jenama sendiri.
"Ada lah saya terbaca, mulut-mulut dari makcik bawang dan pakcik halia yang cakap saya keluarkan handbag sendiri untuk dapatkan untung, dan beli handbag mahal lain.
"Amboi sedap mulut kata macam tu ya.
"Saya daripada belum berniaga lagi dah ada macam-macam handbag, dari yang murah sampai yang mahal, penuh satu bilik dengan handbag.
"Kualiti jahitan, jenis kulit, saiz, design dan berat berbeza saya ada, itu yang buatkan saya banyak pengalaman dengan handbag," tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Che Ta turut mengatakan koleksi beg tangan jenamanya itu memberi peluang kepada orang ramai untuk bergaya dengan reka bentuk setaraf jenama antarabangsa namun dalam harga mampu milik.
View this post on Instagram
ORG BELI HANDBAG SY, UTK SY BELI HANDBAG GUCCI? . . Ada la sy terbaca.. Mulut2 dari aunty bawang dan pakcik halia.. Yg ckp sy keluarkan handbag sendiri.. Utk dapatkan untung, dan blh beli handbag mahai lain.. Amboii sedap mulut kata mcm tu naa.. . Saya daripada sebelum meniaga lg, dah ada mcm2 jenis handbag.. Dari yg murah, smpai yg mahai.. Penuh satu bilik dgn handbag.. Kualiti jahitan, jenis2 kulit, saiz, design dan berat yg berbeza sy ada. Itu yg buatkan sy byk pengalaman dgn handbag.. . . Jadi bila sy keluarkan handbag, bkn utk untung semata.. Tp nk bg peluang kt ramai org, utk merasa pakai handbag yg se'level' dgn handbag mahai dari segi kualiti.. Tp pada harga MAMPU MILIK.. . . Kualiti mcm handbag mahai.. Sy bg pulak FREE pouchbag.. Itu pun ada kata sy x ikhlas lg.. Huhu.. . . Tp sy takkan putus asa.. Sy akan terus bg manfaat pada wanita2.. Yg teringin sgt nk pakai handbag berkualiti tp pada harga berpatutan.. . . Handbag tahan lama.. Siapa yg x suka kan?betahun boleh pakai.. Kalau lah RM249 tu uolls bahagi dgn 2 tahun misalnya kos sehari pakai handbag tu cuma 30 sen ja.. . . Mahai lg beli bawang sekilo... . . 019 963 3618 019 963 3618 . . #rcw #byrcw #iris #zapatos #rozitachewan #zapatosxrozitachewan
A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on
Jan 9, 2019 at 1:02am PST
Che Ta mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2005 dan berjaya mengekalkan popularitnya sehingga kini menerusi bidang lakonan, perniagaan serta penampilan bergaya di media sosial.
Topic Berkaitan
#beg tangan
#bergaya
#Che Ta
#handbag
#harga mampu milik
#hiburan
#Instagram
#jenama mewah
#koleksi beg tangan
#media sosial
#perniagaan
#Rozita Che Wan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan