Oscar: Perdana Menteri ucap tahniah kepada Michelle Yeoh

Madiha Abdullah
Mac 13, 2023 08:15 MYT
Anwar berharap kejayaan dikecapi Michelle di pentas Hollywood menjadi inspirasi untuk seluruh karyawan di Malaysia. - REUTERS/Carlos Barria
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Michelle Yeoh yang menerima pengiktirafan Anugerah Akademi ke-95 (Oscars 2023).
Anwar berharap kejayaan dikecapi Michelle di pentas Hollywood menjadi inspirasi kepada seluruh karyawan di Malaysia.
"Saya utus tahniah buat tokoh budayawan dan seniwati Tan Sri Michelle Yeoh yang ditabal selaku Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023) menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.
"Ternyata pencapaian ini amat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
"Besar harapan agar pencapaian ini akan terus memberi inspirasi kepada semua penggiat seni dan perfileman tempatan," kata Anwar di lama sosial beliau hari ini.

Saya utus tahniah buat tokoh budayawan dan seniwati Tan Sri Michelle Yeoh yang ditabal selaku Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023) menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once. #MalaysiaMADANI Foto: Kevin WinterGetty Images pic.twitter.com/pgsY9uE7Uy

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) March 13, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada acara gemilang yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles itu, Michelle merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.
Michelle berdepan saingan Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie; Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).
[
Michelle Yeoh menang Anugerah Oscar, pelakon wanita terbaik
BACA: Tahniah Michelle Yeoh, Oscar akhirnya dalam genggaman
BACA: Sejurus menang Oscar, Michelle Yeoh hubungi ibu
Michelle juga sebelum ini meraih trofi sama pada beberapa acara anugerah termasuk Anugerah Golden Globe dan Screen Actors Guild Awards (SAG).
Anak kelahiran Ipoh, Perak itu juga tidak lupa mendedikasikan kemenangan paling manisnya itu kepada ibunya, Datin Janet Yeoh yang disebut sebagai tulang belakang kejayaan beliau.
“Saya akan membawa pulang trofi ini kepada ibu saya yang sedang menonton (acara Anugerah Akademi) di Kuala Lumpur, Malaysia bersama seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan,” kata Michelle dalam ucapannya.
#Anwar Ibrahim #Michelle Yeoh #Oscar #Anugerah Akademi