awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahniah Michelle Yeoh, Oscar akhirnya dalam genggaman

Astro Awani
Astro Awani
13/03/2023
03:27 MYT
Tahniah Michelle Yeoh, Oscar akhirnya dalam genggaman
Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah paling gemilang dalam kerjaya seninya apabila ditabalkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada acara Anugerah Akademi ke-95 (Oscars 2023). - Gambar REUTERS
LOS ANGELES: Seperti yang diramalkan, Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah paling gemilang dalam kerjaya seninya apabila ditabalkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada acara Anugerah Akademi ke-95 (Oscars 2023) sebentar tadi.
Pada acara gemilang yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat itu, pelakon kelahiran Malaysia merangkul anugerah berkenaan menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.
Michelle, 61, yang anggun dalam persalinan berwarna putih tidak mampu menyembunyikan kegembiraan ketika di pentas semasa menerima trofi yang menjadi dambaan pelakon-pelakon dari seluruh dunia.
Dalam kegembiraan itu, Michelle tidak lupa mendedikasikan kemenangan paling manisnya itu kepada ibunya, Datin Janet Yeoh yang sentiasa disebut sebagai tulang belakang kejayaan beliau.
“Saya akan membawa pulang trofi ini kepada ibu saya yang sedang menonton (acara Anugerah Akademi) di Kuala Lumpur, Malaysia bersama seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan,” kata Michelle dalam ucapannya.
“Kepada semua kanak-kanak lelaki dan perempuan yang seperti saya menonton malam ini, kejayaan ini adalah tunjang harapan dan banyak kemungkinan. Ia juga adalah bukti bermimpilah dengan impian yang besar dan mimpi juga menjadi kenyataan,” ujar Michelle lagi.
Trofi Pelakon Wanita Terbaik Oscar yang kini dalam genggaman Michelle juga disifatkan melakar satu lagi sejarah baharu dalam industri perfileman antarabangsa.
Hadir ditemani tunangnya, Jean Todt, kejayaan bintang asal kelahiran di Ipoh, Perak itu sekali gus menjadi wanita bukan kulit putih pertama yang memenangi kategori itu selepas selang masa dua dekad, sejak Halle Berry memenanginya pada tahun 2002.
Untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik, Michelle berdepan dengan saingan Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie; Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).
Nama aktres yang memegang watak Evelyn Quan Wang dalam filem arahan Dan Kwan dan Daniel Scheinert itu disebut-sebut sebagai calon yang bakal memenangi kategori itu.
Michelle juga sebelum ini meraih trofi sama pada beberapa acara anugerah termasuk Anugerah Golden Globe dan Screen Actors Guild Awards (SAG).
Selain kategori Pelakon Wanita Terbaik yang dimenangi Michelle, filem Everything Everywhere All at Once turut meraih enam kategori lain pada Anugerah Akademi.
Kategori-kategori berkenaan ialah Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.
Tidak ketinggalan Everything Everywhere All at Once membawa pulang trofi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik yang disandang oleh Jamie Lee Curtis dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dimenangi Ke Huy Quan.
Kategori lain yang turut dimenangi filem Everything Everywhere All at Once ialah Lakon Layar Terbaik dan Suntingan Terbaik.
Filem Everything Everywhere All at Once merangkul tujuh trofi pada Anugerah Akademi ke-95 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, hari ini. – Gambar REUTERS
Filem Everything Everywhere All at Once merangkul tujuh trofi pada Anugerah Akademi ke-95 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, hari ini. – Gambar REUTERS
Topic Berkaitan
#Michelle Yeoh
#Oscars 2023
#Everything Everywhere All At Once
#Pelakon Wanita Terbaik Oscar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan