PADA penghujung November tahun lalu, Paris Hilton mengumumkan yang dia sudah menimang cahaya mata kedua.
Walaupun begitu, dia hanya mendedahkan jantina anaknya namun dia tidak mendedahkan wajah puterinya itu kepada umum.
Hanya selepas lima bulan, akhirnya penyanyi, model dan usahawan itu mendedahkan wajah serta nama penuh anaknya.
Diberi nama London Marilyn Hilton-Reum, Paris dilihat bangga memangku anak perempuannya dalam satu hantaran di Instagram baru-baru ini.
“Memperkenalkan London Marilyn Hilton-Reum. Sepanjang ingatan saya, saya selalu mengimpikan untuk memiliki anak perempuan yang dinamakan London. Saya sangat bersyukur dia berada di sini akhirnya.
“Saya sangat menghargai momen bersama saat kami meluangkan masa bersama.
"Bersama Pheonix, mereka berdua telah menunjukkan kepada saya betapa mendalamnya sebuah kasih sayang setelah bergelar ibu,” kongsi wanita berusia 43 tahun mengenai anaknya.
Terinspirasi dengan fasa bergelar seorang ibu, Paris telah melancarkan sebuah lagu baharu bersama penyanyi dan komposer tekenal, Sia.
Lagu yang diberi judul Fame Won’t Love itu disifatkan sebagai sebuah lagu yang sangat peribadi baginya.
“Lagu ini bertindak sebagai satu peringatan tentang ikatan dan perasaan yang ada kepada anak, suami dan keluarga saya. Ia lebih berharga mengatasi segala-galanya di dunia.
“Lagu ini menjadi sebuah lagu rasmi yang memperkasakan anda untuk memegang hubungan suci anda dekat di hati sama ada dengan keluarga, sahabat dan juga diri sendiri,” ujarnya bercerita tentang lagu tersebut.
Imbas kembali, sebelum London, Paris terlebih dahulu memiliki seorang anak lelaki yang diberi nama Pheonix Barron Hilton-Reum yang kini berusia 15 bulan. -Media Hiburan
Media Hiburan
Mon Apr 22 2024
Diberi nama London Marilyn Hilton-Reum, Paris dilihat bangga memangku anak perempuannya dalam satu hantaran di Instagram baru-baru ini. -Media Hiburan/Instagram
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Paris Hilton perkenal anak perempuan kepada umum
Hanya selepas lima bulan, akhirnya penyanyi, model dan usahawan itu mendedahkan wajah serta nama penuh anaknya.
Paris Hilton kini bergelar ibu
Personaliti berusia 41 tahun itu berkongsi sekeping gambar dia memegang tangan bayi lelakinya di akaun Instagram.
Paris Hilton bertunang kali keempat di usia 40 tahun
Ini merupakan kali keempat pewaris empayar Hilton itu mengikat tali pertunangan.
Pereka kasut Itali Sergio Rossi meninggal dunia, dipercayai akibat COVID-19
Mendiang dilapor telah dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu di Cesena, sebuah bandar di Emilia-Romagna yang merupakan antara wilayah yang paling teruk terjejas akibat pandemik koronavirus.
Sarimah Ibrahim 'throwback' lepak dengan Paris Hilton
Untunglah!
"Congratulations beautiful!!!" - ucapan Paris Hilton buat Syahrini
Paris Hilton ucap tahniah kepada penyanyi terkenal Indonesia, Syahrini yang melangsungkan pernikahan dengan usahawan, Reino Barack.
Tanpa satu pun cebisan bukti, anda memilih untuk mempercayai dua penipu - Keluarga Michael Jackson
Keluarga mendiang Michael Jackson menyifatkan pendedahan sebuah dokumentari yang mendakwa Raja Pop itu mencabul kanak-kanak sebagai satu usaha beramai-ramai untuk membunuh reputasinya.
'Tak sangka dia siap bagi 'lighting to my selfie' - reaksi Elfira Loy jumpa Paris Hilton
Pelakon Elfira Loy berkongsi rasa teruja ketika bertemu bintang Hollywood terkenal, Paris Hilton.
Paris Hilton, Chris Zylka bertunang
Paris Hilton mengumumkan pertunangannya dengan memuat naik foto di laman Twitternya pada Selasa.
Selebriti Hollywood turut jadi mangsa kebakaran Los Angeles
Para selebriti mungkin memiliki rumah yang gah dan mewah namun hal ini tidak mengecualikan kediaman mereka daripada dibaham api.