awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sanusi minta hidupkan kembali semangat Muafakat Nasional menjelang PRU16
[KOLUMNIS] Melangkaui ranking konvensional: Membina universiti berjiwa sebagai tunjang peradaban
Kekosongan 3 DUN: "Harap jangan sampai PRK diadakan" - MB Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paris Hilton kini bergelar ibu

Agensi
Agensi
26/01/2023
03:40 MYT
Paris Hilton kini bergelar ibu
Paris Hilton dilaporkan menyambut anak pertamanya hasil perkahwinan dengan pemodal teroka, Carter Reum. - Gambar fail AP
LOS ANGELES: Bintang realiti TV terkenal Hollywood, Paris Hilton dilaporkan menyambut anak pertamanya hasil perkahwinan dengan pemodal teroka, Carter Reum.
Dalam hantaran di akaun Instagramnya, personaliti berusia 41 tahun itu berkongsi sekeping gambar dia memegang tangan bayi lelakinya .
“Kamu disayangi mengatasi kata-kata,” tulis Hilton di kapsyen berserta emoji hati biru.
View this post on Instagram
A post shared by Paris Hilton (@parishilton)
Namun begitu, pewaris empayar hotel Hilton ini tidak memaklumkan butiran lanjut mengenai bayinya.
"Sudah menjadi impian saya untuk menjadi seorang ibu. Saya amat gembira Carter dan saya bertemu. Kami sangat teruja untuk memulakan keluarga bersama dan hati seperti mahu meletup penuh dengan cinta untuk bayi lelaki kami," katanya kepada majalah People .
Sekadar makluman, bayi lelaki ini merupakan anak pertama Hilton, manakala Reum memiliki seorang anak perempuan berusia 10 tahun menerusi perkahwinan dengan bintang realiti Laura Bellizzi sebelum ini.
Meninjau ruangan komen Instagram, ramai rakan selebriti Hilton termasuk Kim Kardashian, Chrissy Teigen, Lindsay Lohan, Demi Lovato, Rosario Dawson, Poppy Delevingne, Ashley Tisdale, Naomi Campbell dan Heidi Klum mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.
Topic Berkaitan
#Paris Hilton
#bayi lelaki
#Carter Reum
#pewaris hotel Hilton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan