Skip to main content

Hiburan

Paul Sorvino meninggal dunia

41658791938_PaulSorvino.jpg
LOS ANGELES: Aktor Paul Sorvino, yang memainkan watak seorang gangster bernama Paulie Cicero dalam filem 'Goodfellas' meninggal dunia pada usia 83 tahun pada Isnin.

Menurut jurucakap pelakon tersebut, Sorvino meninggal dunia di Klinik Mayo, Florida akibat sakit tua.

Sorvino juga dikenali sebagai Sarjan Phil Cerreta dalam siri TV 'Law & Order' pada tahun 1990-an.

Dilahirkan di Brooklyn pada tahun 1939, Sorvino mempelajari muzik dan ingin menjadi seorang penyanyi opera sebelum berkecimpung dalam dunia lakonan.

Selain 'Goodfellas', mendiang turut berlakon dalam filem 'Dick Tracy', 'Reds' serta memegang watak Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Henry Kissinger dalam filem 'Nixon'.

Advertisement

Must Watch Video