awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#PE3: Kemah boh! 10 hari tayangan, Polis Evo 3 kaut RM30 juta

Gempak
Gempak
03/06/2023
06:00 MYT
#PE3: Kemah boh! 10 hari tayangan, Polis Evo 3 kaut RM30 juta
Polis Evo 3 berjaya mengaut RM30 juta sekali gus mengatasi kutipan box office Polis Evo 2 iaitu RM23 juta dalam tempoh 44 hari. -Gempak
DALAM masa 10 hari saja termasuk 1 hari tayangan awal, filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Production dan TGV Cinemas berjaya mengaut RM30 juta sekali gus mengatasi kutipan box office Polis Evo 2 iaitu RM 23 juta dalam tempoh 44 hari.
Pengumuman kutipan terkini Polis Evo 3 itu dibuat di akaun rasmi Instagram Astro Shaw.
"Alhamdulillah. Family kita lagi kuat boh! Kali ni Filem Pilihan No.1 Malaysia kita dapat capai RM30 JUTA dalam masa 9 hari saja!
"Terima kasih atas sokongan padu anda. So, siapa-siapa yang masih belum tengok atau nak tengok lagi sekali filem Polis Evo 3 ni, jom kita ramai-ramai serbu panggung!" tulisnya.
Terdahulu, Filem Polis Evo 3 mencetak sejarah hebat apabila mencatat kutipan tiket sebanyak RM16 juta selepas empat hari ditayangkan kepada umum di pawagam-pawagam di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.
Ikuti siri jelajah Polis Evo 3 seterusnya 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, Perak; dan 8, 9, 10, 11 di Singapura, Johor, Melaka. 14, 15, 16, 17, 18 Jun di Sabah dan Sarawak.
Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw.
Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.
Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.
Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.
Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. -Gempak
Topic Berkaitan
#Polis Evo 3
#10 hari tayangan
#kutipan box office
#RM30 juta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan