awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: ADUN tunggal pembangkang ikrar beri kerjasama baik demi rakyat
Banjir di Terengganu semakin pulih
Zelenskyy bertemu PM Kanada, terima bantuan tambahan AS$1.83 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon 'Gone Girl' Lisa Banes kritikal dilanggar skuter

Astro Awani
Astro Awani
06/06/2021
03:49 MYT
Pelakon 'Gone Girl' Lisa Banes kritikal dilanggar skuter
Lisa Banes, 65, yang terkenal melalui filem "Cocktail" dan "Gone Girl" dilapor berada dalam keadaan kritikal selepas dilanggar sebuah skuter. -Reuters
PELAKON Hollywood, Lisa Banes, 65, yang terkenal melalui filem "Cocktail" dan "Gone Girl" dilapor berada dalam keadaan kritikal selepas dilanggar sebuah skuter.
Menurut polis New York, mereka menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.30 petang pada Jumaat berhubung kejadian, lapor Variety.
Polis yang tiba di lokasi mendapati Banes terbaring di jalan raya dengan kecederaan kepala yang teruk di persimpangan West 64 St. dan Amsterdam Ave berhampiran Lincoln Center.
Pihak perubatan kecemasan EMS bergegas ke lokasi dan membawa Banes ke Hospital Mount Sinai Saint Luke.
Siasatan awal mendapati Banes cuba menyeberang jalan Amsterdam Ave apabila sebuah skuter bermotor merempuh mangsa dan melarikan diri.
Polis NYPD berkata tiada tangkapan dibuat setakat ini, dan siasatan masih dijalankan.
Menurut jurucakap Banes, penunggang skuter itu dipercayai melanggar lampu isyarat merah ketika merempuh pelakon itu.
Topic Berkaitan
#Lisa Banes
#langgar lari
#Gone Girl
#cocktail
#skuter
#Lincoln Center
#NYPD
#ems
#menyeberang jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan