Pemenang anugerah Emmy, pelakon AS James Gandolfini, bintang drama ‘The Sopranos’, telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 51 tahun di Itali, lapor sebuah media pada Rabu.

Gandolfini yang memenangi tiga anugerah Emmy dan ‘Golden Globe’ bagi watak ketua penjahat Tony Soprano, mengalami serangan jantung, lapor laman web selebriti TMZ dan Variety.

Banyak penghormatan yang diberikan kepadanya, termasuk dari Susan Sarandon di laman Twitternya: “Sangat sedih kerana kehilangan James Gandolfini. Seorang pelakon yang manis, kelakar dan pemurah yang pernah saya bekerja bersama. Takziah kepada keluarganya.”

“Saya sangat sedih mendengar berita pemergian James Gandolfini. Dia merupakan pelakon yang saya minati. Kehilangan merupakan sesuatu yang tragik,” Jonah Hill menulis di blognya, sementara itu Steve Carrel berkata “Berita sedih yang sukar dipercayai.”

Ejen Gandolfini dan HBO tiada bagi mengesahkan laporan tersebut.

TMZ berkata Gandolfini berada di Itali bagi Filem Festival Taormina di Sicily, di mana dia dijangkakan akan menyertai perbincangan bersama pengarah dari Itali Gabriele Muccino minggu ini.

Gandolfini mempunyai perjalanan karier pentas dan filem yang panjang sebelum sebelum memegang watak mafia dalam “The Sopranos”, rancangan bersiri yang bermula dari 1999 hingga 2007.

Pelakon yang berkelahiran New Jersey itu mula berlakon dalam teater New York, dan terlibat dalam Broadway pada 1992 dalam “A Streetcar Named Desire” bersama Jessica Lange dan Alec Baldwin.

Lakonan yang menyerlah ialah semasa memegang watak pembunuh upahan dalam Tony Scott pada 1993 “True Romance”, diikuti dengan "She's So Lovely" (1997), "8MM" (1999), "The Mexican" (2001), "The Man Who Wasn't There" (2001) and "In the Loop" (2009).

Dia melakonkan watak CIA Leon Panetta dalam filem “Zero Dark Thirty”, filam berkisahkan pencarian Osama bin Laden yang memenangi Oscar tahun lepas, dan dilihat dalam filem komedi tahun ini “The Incredible Burt Wonderstone”.

Dia hidup bersama isterinya Deborah Lin yang dikahwininya pada 2008. Dia juga mempunyai seorang anak lelaki Michael ketika bersama isteri pertamanya Marcy Wudarski.