awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantun suara latar iklan era 80an, Ramly Abu Bakar meninggal dunia

Bernama
Bernama
23/04/2023
05:33 MYT
Pelantun suara latar iklan era 80an, Ramly Abu Bakar meninggal dunia
Allahyarham meninggal dunia sekitar pukul 2.30 pagi tadi di rumah anaknya, di Kundang, Rawang.
KUALA LUMPUR: Penyampai suara latar iklan dan pengacara popular sekitar era 70an dan 80an, Ramly Abu Bakar meninggal dunia pada usia 78 tahun, awal pagi hari ini.
Berita sedih itu dikongsi selebriti Darling Ngasri di Facebooknya hari ini selepas berita pemergian Ramly dimaklumkan oleh anak sulung Allahyarham.
"Allahyarham meninggal dunia sekitar pukul 2.30 pagi tadi di rumah anaknya, di Kundang, Rawang. Jenazah akan dimandi dan dikafankan di Masjid Nurul Yakin, Kampung Permata Kundang sebelum disolatkan selepas solat Zohor hari ini," menurut hantarannya di Facebook hari ini.
Bagaimanapun punca kematian penyampai berita televisyen veteran itu tidak dinyatakan.
Allahyarham pernah bertugas sebagai penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekitar awal 70an malah dengan keunikan suaranya, beliau terkenal sebagai 'suara emas' kerana meminjamkan suara sebagai suara latar dalam pelbagai iklan radio dan televisyen.
Antara iklan yang hingga kini masih segar dalam ingatan peminatnya adalah iklan produk tembakau Dunhill, selain suaranya digunakan dalam mempromosikan rancangan televisyen.
Ramly juga pernah berlakon bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menerusi filem berjudul Gagak Hitam sebagai watak pembaca berita, selain membintangi filem Menanti Hari Esok arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin pada 1977.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyampai radio
#Ramly Abu Bakar
#meninggal dunia
#Darling Ngasri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan