awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pementasan eksklusif Ratu Rock Ella buat peminat

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
16/01/2019
06:29 MYT
Pementasan eksklusif Ratu Rock Ella buat peminat
PENYANYI yang terkenal dengan lagu Standing In The Eyes Of The World itu berkata, konsert ini ditujukan khas buat peminatnya yang banyak memberi sokongan sepanjang kariernya sebagai anak seni - FotoAstroAWANI
SELAMA tiga dekad penglibatannya dalam industri seni, siapa yang tidak mengenali Ratu Rock Malaysia, Ella.
Dia mempunyai reputasi yang sangat baik dan sangat disenangi oleh ramai.
Perjuangan seni yang sangat konsisten membuatkan Ella mampu mempertahankan kedudukannya tanpa ada bakat baharu yang mampu mengatasi trek rekodnya.
Kerana reputasi yang baik juga, Ella diberi kepercayaan untuk menjayakan konsert solo terbaharunya, Ella Unplugged in KL pada Mac 2019.
Bagi Ella, peluang menjayakan pementasan pada 29 hingga 31 Mac di Istana Budaya merupakan satu peluang keemasan yang akan digunakan sebaik mungkin untuk membuktikan dia masih memiliki persona di pentas.
Paling utama juga, penyanyi yang terkenal dengan lagu Standing In The Eyes Of The World itu berkata, konsert ini ditujukan khas buat peminatnya yang banyak memberi sokongan sepanjang kariernya sebagai anak seni.
Tambahnya, kelainan yang akan dibawa dalam konsert ini ialah peminat akan dihiburkan dengan tiga segmen iaitu Unplugged, Asli Unplugged, dan juga segmen Rock.
Kata Ella, ini merupakan satu kelainan yang sudah lama mahu dilakukannya kerana hasratnya ialah memberi hidangan yang segar dan baharu untuk semua pecintanya.
Konsert itu juga akan mendapat iringan muzik daripada pemuzik yang terdiri daripada alumi dan pelajar tahun akhir Akademik Seni Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
Ella unplugged in KL akan berlangsung selama tiga hari bermula 29,30 dan 31 Mac 2019 di Istana Budaya.
Tiket early bird mula dijual bermula 2 januari 2019 melalui www.proticket.com.my.
Topic Berkaitan
#Ella
#Istana Budaya
#konsert
#Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan