JOHOR BAHRU: Pemergian bekas ahli kumpulan In-Team, Mohd Suhaimi Saad, 43, ke rahmatullah pada malam Rabu dalam keadaan tenang di samping isteri dan empat anaknya.
Isterinya, Nordiana Mohd Naim, 39, berkata, Allahyarham menghembuskan nafas dalam keadaan mudah malah seorang daripada anaknya sempat mengajarkannya mengucap dua kalimah syahadah.
"Pemergiannya sangat mudah dan tenang di sisi saya dan anak-anak. Pesanan dia minta maaf kepada semua orang sebagaimana yang dia tulis dalam TikTok.
"Arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru," katanya yang mesra dipanggil Ina ketika ditemui pemberita di bilik mayat Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada malam Rabu.
Mohd Suhaimi menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.40 malam di HSI dan khabar duka itu dikongsi Presiden Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia), Razin Mestica menerusi akaun Facebook rasmi majlis berkenaan.
Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Sallman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.
Bercerita lanjut, Ina berkata, sebelum dimasukkan ke HSI tiga hari lalu, arwah terlebih dahulu dimasukkan dan ditidurkan di Hospital Kota Tinggi pada Jumaat.
"Dia ditidurkan atas permintaan arwah sendiri sebagai jalan terakhir. Sebelum ini arwah mula mengalami batuk teruk pada Ogos lalu sebelum kesihatannya bertambah merosot pada Oktober lalu. Berat badan juga turun sehingga 20 kilogram.
"Arwah meninggal pada usia 43 tahun. Masa arwah hidup, dia pernah cakap memang nak usianya hanya sampai 43 tahun. Tarikh lahir dia 12 Oktober dan masa itu dia sudah sakit," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 15 2023
Ina ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru pada malam Rabu. - Sinar Harian
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Pemergiannya sangat mudah dan tenang - Ina Naim
Ina berkata, Allahyarham menghembuskan nafas dalam keadaan mudah dengan seorang daripada anaknya mengajarkannya mengucap syahadah.