awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peminat bersorak lihat David Beckham bawa anak-anak tonton Piala Dunia

Gempak
Gempak
14/07/2014
08:48 MYT
Peminat bersorak lihat David Beckham bawa anak-anak tonton Piala Dunia
David Beckham - Foto Astro Gempak
UMUM mengetahui apa sahaja yang dilakukan oleh pemain bola sepak antarabangsa David Beckham pasti menjadi perhatian.
Terbaru, Beckham sekali lagi telah mencuri tumpuan ramai apabila dia hadir ke staidum membawa tiga orang anak lelakinya iaitu Brooklyn, Romeo dan Cruz untuk menonton secara langsung perlawanan akhir Piala Dunia 2014 Jerman menentang Argentina yang berlansung di Estadio do Maracana, Rio de Janeirio, Brazil awal pagi tadi.
Kehadiran mereka telah mengejutkan para penonton dan juga pemain-pemain bola sepak yang berada di dalam stadium tersebut.
Menurut laporan Dailymail, sebelum perlawanan bermula Beckham dilihat seakan-akan memberikan penerangan mengenai apa yang bakal berlaku semasa perlawanan berlangsung kepada anak sulungnya, Brooklyn.
Brooklyn dan Romeo hadir memakai jersi berwarna biru tanda sokongan mereka terhadap pasukan Argentina.
Beckham
Beckham
Beckham memberi penerangan mengenai perlawanan akhir kepada anak sulungnya, Brooklyn.
Istimewanya lagi, ini merupakan pertama kali David Beckham muncul bersama tiga orang anaknya untuk menonton Piala Dunia.
Anak Kedua Beckham, Romeo memakai jersi yang mewakili pasukan Argentina
Turut tidak ketinggalan, bintang bola sepak terkenal dunia Kaka dan Pele juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Beckham.
Beckham
Beckham
Rata-rata penonton yang berada di stadium tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira mereka apabila setiap kali wajah Beckham bersama anak-anaknya muncul di 'screen' yang disediakan, mereka pasti bersorak dengan kuat.
Tahniah buat pasukan Jerman kerana menjuarai Piala Dunia 2014. -- Astro Gempak
Topic Berkaitan
#Brazil
#Brooklyn
#Cruz
#David Beckham
#Piala Dunia
#Romeo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan