PLATFORM media sosial Twitter khususnya bagi pengguna dan peminat Indonesia baru-baru ini heboh dengan kisah penampilan salah seorang anggota kumpulan Blackpink, Jennie.
Pada pengamatan segelintir peminat, Jennie yang tampil bersama Blackpink menerusi konsert Blackpink World Tour (Born Pink) in Jakarta pada 11 dan 12 Mac lalu telah diserang 'panic attack', lapor Kompas.com.
Dakwaan Jennie diserang 'panic attack' sewaktu membuat persembahan itu dijawab oleh peminat selepas YouTuber Boy William dan Kiky Saputri menyebut jika perempuan cantik itu seperti kelihatan ‘malas’ saat berada di atas pentas.
Keduanya mengatakan Jennie kelihatan tidak bersemangat seperti tiga rakan Blackpink yang lainnya.
Berang dengan pertuduhan tersebut, peminat Blackpink atau Blink mengatakan Jennie mungkin mengalami 'panic attack'.
Sebelumnya, khabar Jennie diserang panic attack pernah dilaporkan pada tahun 2019.
Waktu itu Blackpink dalam rangka tour di Manila, Filipina dan sebuah video tersebar di media sosial yang menyaksikan Jennie sedang berusaha bernafas sambil memegang perutnya seperti terkena serangan 'panic attack'.
Insiden tersebut berlaku sewaktu keempat-empat anggota Blackpink itu ditemu bual di atas pentas.
Namun sehingga kini baik Jennie ataupun pihak agensi tidak pernah memberi kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.
'Panic attack' adalah perasaan takut yang tiba-tiba dan tegang yang menyebabkan gejala fizik seperti jantung berdebar kencang dan berpeluh.
Reaksi ini terjadi sebagai respons terhadap situasi biasa yang sebenarnya, tidak memberi ancaman.
Orang yang mengalami 'panic attack' biasanya menderita 'panic disorder' yang tergolong dalam gangguan kecemasan. -Gempak
Gempak
Sun Mar 19 2023

Jennie kelihatan 'tidak bersemangat' seperti tiga rakan Blackpink yang lain pada konsert di Jakarta dan dipercayai akibat 'panic attack'. -Gempak

Lebih 180 pelarian etnik Rohingya tiba di Acheh
Lebih 180 pelarian etnik Rohingya dilaporkan tiba di bandar Acheh pada Isnin. Mereka tiba menaiki bot dipercayai dari Myanmar dan ada antaranya dari kem pelarian di Bangladesh.

Chiang Mai catat kadar bahaya
Indeks kualiti udara di Chiang Mai, Thailand memburuk ke tahap bahaya pada Isnin. Situasi itu dilaporkan berlaku akibat pembakaran terbuka melibatkan kawasan-kawasan pertanian di wilayah itu.

Serang sambil dakap anak
Satu pergaduhan tercetus melibatkan penyokong dan pemain kejohanan bola sepak di Brazil pada Isnin. Namun kelibat seorang lelaki yang sedang mendakap seorang kanak-kanak perempuan semata-mata untuk menyerang, menarik perhatian orang ramai.

Belarus, Rusia tingkat latihan pertahanan secara agresif
Tidak lama selepas United Kingdom mengumumkan akan menyalurkan bantuan ketenteraan kepada Ukraine, Belarus yang juga rakan sekutu Rusia tampil dengan latihan ketenteraan baharu pada Isnin.

Enam maut tercampak dari kereta di Tennessee
Enam individu yang terdiri dari kanak-kanak dan remaja perempuan terkorban selepas tercampak dari kenderaan dalam nahas di sebuah lebuh raya di Tennessee, Amerika Syarikat pada awal pagi Ahad.

Enam terbunuh serangan berhampiran kementerian luar Kabul
Sekurang-kurangnya enam terbunuh manakala beberapa cedera selepas seorang pengebom berani mati melakukan serangan berhampiran kementerian luar di Kabul pada Isnin. Ia merupakan serangan kedua berhampiran kementerian itu.

Pekerja mogok, pengangkutan awam di Jerman tergendala
Perkhidmatan kereta api, kapal terbang di beberapa kawasan di Jerman tergendala selepas kesatuan pekerja melancarkan mogok besar-besaran.

KPDN terima 99 aduan bazar Ramadan - Salahuddin Ayub
Memasuki hari kelima Ramadan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menerima 99 aduan mengenai kualiti serta harga makanan yang dijual di bazar Ramadan. Walau bagaimanapun, Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan aduan mengenai kualiti makanan yang dijual di bazar merupakan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Salahuddin berkata kepada media selepas melancarkan Bazar Ramadan Rahmah di Presint 14, Putrajaya hari ini.

PM Anwar puas hati lawatan sehari ke Kemboja, bincang pelbagai isu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan lawatan rasmi sehari beliau ke Kemboja kerana berpeluang membincangkan pelbagai isu.

Raja Kemboja terima menghadap PM Anwar
Raja Kemboja Raja Norodom Sihamoni berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Diraja Kemboja sempena lawatan rasmi sulungnya ke negara itu.

Peminat dakwa Jennie Blackpink kena 'panic attack' pada konsert di Jakarta
Mereka mendakwa Jennie kelihatan tidak bersemangat seperti tiga rakan Blackpink yang lain.

"Industri muzik sihat, artis Malaysia dah macam level BLACKPINK" - Noh Salleh
Noh Salleh sempat menzahirkan rasa gembira dengan kehadiran penonton di konsert Patah Hati pada Rabu di Zepp Kuala Lumpur.

Blinks Indonesia tercabar, Sitizoner naik angin - Panas konsert BLACKPINK di media sosial
Kami senaraikan beberapa perkara menarik yang menjadi buah mulut netizen dalam konsert Born Pink Live in KL.

Bahang konsert BLACKPINK, 'Blinks' mula berpusu-pusu ke Stadium Nasional Bukit Jalil
Tinjauan Astro AWANI mendapati peminat BLACKPINK atau 'Blinks' sudah berada di venue konsert berkenaan seawal jam 10 pagi tadi.

Konsert BLACKPINK: Jennie cedera di muka, harap peminat tidak bimbang
Dia memberitahu komuniti peminat Weverse dan memberi jaminan kepada peminat tentang kesihatannya.

Konsert BLACKPINK: Tip untuk 'enjoy' tanpa tekanan malam ini
Berikut adalah beberapa tips bagi memastikan anda boleh enjoy konsert BLANKPINK malam ini tanpa perlu panik atau bimbang.

Hujan mencurah-curah! Peminat risau cuaca hari konsert Blackpink esok
Rata-rata peminat Blackpink meluahkan kerisauan mereka di laman sosial mengenai keadaan cuaca esok.

Blackpink muncul sebagai artis K-Pop pertama beraksi di British Summer Time
Peminat dijangka menyaksikan kumpulan yang terkenal dengan single Pink Venom itu naik ke pentas BST pada 2 Julai 2023.

Album kedua Blackpink ungguli carta iTunes di 54 buah negara
Album yang menampilkan lapan buah lagu termasuk lagu hit, Pink Venom kekal menjadi pilihan tertinggi pendengar di seluruh dunia

BLACKPINK artis pertama cecah 80 juta 'subscriber' di YouTube
BLACKPINK hanya mengambil masa lebih enam tahun dan dua bulan untuk mencapai kejayaan itu.