awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IWK perkenal CSR "Sahabat Istimewa IWK" untuk komuniti OKU
Wei Chong-Kai Wun kempunan pertahan kejuaraan Masters Indonesia
Malaysia perkukuh kerjasama digital pada WEF Davos 2026 - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peminat terkejut lihat sisi hodoh David Beckham

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
29/03/2017
10:51 MYT
Peminat terkejut lihat sisi hodoh David Beckham
David, 41, telah memuat naik sekeping foto kelihatan sangat hodoh dengan muka kemerah-merahan, berparut besar pada wajah sebelah kiri, berjerawat dan bergigi kuning kehitaman. - Instagram David Beckham
BEKAS bintang bola sepak England, David Beckham baru-baru ini mengejutkan para peminatnya dengan penampilan wajah baharu.
Bekas bintang Manchester United yang tampan itu telah berkongsi gambar dirinya yang memaparkan sisi seorang lelaki yang kejam - muka dibaluti kesan parut luka, rambut yang hampir botak dan gigi berwarna kuning di laman Instagramnya, semalam.
“Rough day at the office @kingarthurmovie @guyritchie,” tulis Beckham di laman Instagramnya.
Gambar itu nyata mengundang pelbagai reaksi pengikutnya. Ada yang terkejut, ada yang bertanya kenapa Beckham disolek sebegitu dan ada yang menjadi ia sebagai bahan jenaka.
Antara komen yang diterima rata-rata terkejut dengan kesan khas tersebut.
"Tidak! Apa yang berlaku pada wajah kamu?" tulis salah seorang peminatnya.
Ada juga komen yang menulis; "Alamak! Ini sangat buruk!"
Tidak lupa juga ada yang mendoakan agar dia cepat sembuh.
Rough day at the office @kingarthurmovie @guyritchie
A post shared by David Beckham (@davidbeckham) on
Mar 28, 2017 at 6:59am PDT
David Beckham
David Beckham
Menurut portal The Sun, gambar berkenaan merupakan solekan Beckham bagi kemunculan khasnya dalam filem King Arthur yang diarah oleh pengarah terkenal, Guy Ritchie.
Dalam filem ini, Beckham memainkan watak sebagai seorang pahlawan yang penuh emosi.
David Beckham
David Beckham
Topic Berkaitan
#bola sepak
#David Beckham
#Instagram
#wajah hodoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan