Jualan tiket presale konsert Westlife The Twenty Tour Live in Malaysia baru sahaja bermula jam 11 pagi tadi, namun ada peminat sudah berkampung di lokasi jualan tiket di Atria Shopping Gallery, sejak jam 4 petang Jumaat.
Tinjauan Astro AWANI mendapati lebih 1,000 peminat sudah bersedia beratur untuk mendapatkan tiket, setengah jam sebelum pre-sale bermula.
Pengarah Eksekutif Macpie Berhad yang bertindak sebagai penganjur, Ang Chee Ciang, memaklumkan, 4,000 keping tiket dijual hari ini, manakala selebihnya akan dijual secara atas talian di laman web mereka, bermula jam 12 tengah hari, 14 April.
"Kami yakin akan jualan tiket akan habis dijual untuk dua tarikh konsert di Malaysia, berdasarkan sambutan yang diberikan.
"Kami mengambil masa kira-kira tiga bulan berunding dengan pihak Westlife, dan kami berbangga dapat membawa mereka kerana kita tahu peminat memang menantikan kehadiran mereka," kata Ang.
Ang juga memberitahu pihak Macpie Berhad sedang berusaha untuk membawa lebih ramai artis popular ke negara ini.
"Kalau ikut trend, ramai artis antarabangsa dari era 90-an akan mengadakan reunion tahun ini. Kami berharap akan dapat membawa mereka ke negara ini kerana permintaan untuk mereka masih ada," tambahnya.
Konsert kumpulan pop terkenal itu akan berlangsung 8 dan 9 Ogos depan di Stadium Melawati, Shah Alam.
Madiha Abdullah
Sat Apr 13 2019
Lebih 1,000 peminat sudah bersedia beratur untuk mendapatkan tiket, setengah jam sebelum presale bermula.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
MBO Cinemas buka kembali pawagam di bawah pengurusan baharu
Sebagai antara syarikat pawagam yang digemari di Malaysia, MBO Cinemas sebelum ini terpaksa menutup semua cawangan di seluruh negara kesan pandemik COVID-19.
Peminat Westlife 'berkampung' semalaman, rebut 4,000 tiket konsert
Lebih 1,000 peminat sudah bersedia beratur untuk mendapatkan tiket, setengah jam sebelum presale bermula.
'Rompak! Rompak! Lari ...!' Saksi cerita detik cemas tembak menembak di Damansara Jaya
Beberapa bunyi tembakan bertubi-tubi kedengaran berdekatan dengan pusat membeli belah Atria Shopping Gallery di Damansara Jaya pada petang tadi.