awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah muda terbit filem mengenai pemandu Malaysia tidak bertimbang rasa

Bernama
Bernama
24/04/2014
00:00 MYT
Pengarah muda terbit filem mengenai pemandu Malaysia tidak bertimbang rasa
Jason Lim, seorang pengarah berusia 28 tahun, telah menerbitkan filem ringkas empat minit mengenai pemandu jahil, tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri di jalan raya Malaysia.
Beliau berkata filem itu bertujuan menonjolkan pentingnya pemandu kenderaan memberi laluan kepada ambulan yang bergegas pergi ke dan balik dari tempat kemalangan.
Filem berjudul, "Who cares!!! The Truth About Malaysian Drivers" (Siapa peduli!!!, Hakikat mengenai Pemandu Malaysia), mendokumentasi perbuatan pemandu yang gemar mengekori rapat kenderaan lain dan menghalang ambulan.
Jason Lim Productions telah merakam kejadian kemalangan di Kuala Lumpur dan telah meletak kamera tersembunyi dalam kenderaan kemalangan untuk merakam bagaimana pemandu sengaja memperlahankan kenderaan mereka untuk mengambil gambar bagi kegunaan mereka sendiri.
"Filem atau pengumuman khidmat awam ini memaparkan unsur-unsur cinta, takut, marah dan kematian. "Pembikinan filem ini, kami berharap dapat menarik perhatian pemandu dan orang ramai untuk memahami pesanan penting di sebaliknya," kata Lim.
Lim berkata, beliau sedang berbincang dengan rangkaian tv tempatan untuk menyiarkan dokumentari itu.
Topic Berkaitan
#filem
#Jason Lim
#pendek
#Who cares!!! The Truth About Malaysian Drivers
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan