PENYANYI dan aktivis terkenal kelahiran Ireland Sinead O'Connor dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 56 tahun.
Berita pemergian pelantun lagu Nothing Compares 2 U itu diumumkan ahli keluarganya dalam satu kenyataan pada Rabu.
"Dengan dukacitanya kami ingin mengumumkan Sinead telah meninggal dunia.
"Ahli keluarganya dan rakan-rakan amat bersedih dan meminta tidak diganggu ketika ini," tambah kenyataan itu.
Sinead O'Connor atau nama Islamnya, Shuhada' Sadaqat mula menempa nama dalam carta muzik global pada era 90-an.
Dia paling dikenali menerusi lagu Nothing Compares 2 U yang ditulis oleh Prince dan dikeluarkan pada tahun 1990 berjaya menembusi carta utama dunia sekali gus dinobatkan sebagai single nombor satu dunia oleh Billboard Music Awards.
Selain itu majalah Rolling Stones menyenaraikan lagu tersebut di tempat ke-165 dalam senarai 500 lagu terbaik sepanjang zaman.
Beliau juga mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama yang memenangi video muzik terbaik di Anugerah Music Television Awards (MTV) pada tahun 1990 menerusio video muzik Nothing Compares 2 U.
Selain itu Sinead juga terkenal dengan kelantangannya memperjuangkan hak asasi manusi termasuk persembahan kontroversi di Saturday Night Live pada tahun 1992 sebagai tanda protes terhadap penderaan seksual kanak-kanak di gereja Katolik.
Sinead memeluk agama Islam pada tahun 2018 dan menukar namanya kepada Shuhada' Sadaqat namun meneruskan persembahan menggunakan nama kelahirannya.
Beliau turut mengeluarkan memoir berjudul Rememberings pada tahun 2021.
Sebelum ini Sinead dimasukkan ke hospital seminggu selepas anak lelakinya, Shane, meninggal dunia pada awal tahun 2022.
Astro Awani
Wed Jul 26 2023
Sinead O'Connor atau nama Islamnya, Shuhada' Sadaqat mula menempa nama dalam carta muzik global pada era 90-an. - Foto Twitter/@YusufCatStevens
Kehadiran jentera kempen PRK KKB bukti kesepaduan Kerajaan Perpaduan - Zambry
Kehadiran dan komitmen jentera parti Kerajaan Perpaduan pada kempen PRK Kuala Kubu Baharu jelas membuktikan keutuhan kerajaan.
Anwar beri masa dua bulan noktah kemiskinan tegar di Kelantan
PM beri tempoh dua bulan kepada agensi kerajaan Pusat dan negeri untuk menoktahkan miskin tegar di Kelantan.
Malaysia berdepan 30,000 kekurangan jurutera, perlu tampung dengan TVET - PM
Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan dipertingkat bagi menampung kekurangan 30,000 jurutera di negara ini.
Pulau Pinang adakan bengkel dengan pemegang taruh muktamadkan jajaran LRT
Bengkel itu dijangka dilaksanakan seminggu dua lagi supaya kerja-kerja melibatkan projek infrastruktur transformatif dapat dijalankan.
NRES rancang lestarikan industri plastik sekali guna elak pencemaran
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merancang untuk melestarikan industri plastik sekali guna menerusi satu peralihan yang seimbang dalam bidang itu.
Etika pacu kemampanan kewartawanan profesional, pemisah 'wartawan jadian'
Etika kewartawanan yang diamalkan wartawan profesional merupakan nadi kepada industri kewartawan yang mempunyai kredibiliti dan dipercayai.
Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan beli pam baharu untuk petani, pesawah di Kelantan
Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membeli pam-pam baharu bagi kegunaan para petani dan pesawah di Kelantan.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
Beri ruang dan masa untuk Speedy Tigers berwajah baharu - Sarjit
Sarjit menyeru rakyat Malaysia untuk memberi masa dan ruang kepada Speedy Tigers berwajah baharu untuk berkembang menjadi pasukan yang kuat menjelang edisi ke-30 Piala Sultan Azlan Shah.
Akhyar cedera dipercayai disamun
Akhyar Rashid cedera di kepala selepas dipukul dan menjadi mangsa samun, malam tadi.
Alunan 'Nothing Compares 2U' dalam 'versi baharu' Sinead O'Connor
Penyanyi asal Ireland yang popular sekitar tahun 80-an dengan imej berkepala botak itu mengejutkan ramai apabila mengumumkan dirinya memeluk agama Islam pada tahun lalu.