awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi Sinead O'Connor rakam pengakuan mahu bunuh diri

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
08/08/2017
13:25 MYT
Penyanyi Sinead O'Connor rakam pengakuan mahu bunuh diri
Video berdurasi 12 minit itu dimuatnaik OConnor minggu lalu di akaun rasmi Facebooknya, mendedahkan bahawa dia ketika itu sedang berada di sebuah hotel di New Jersey.
PENYANYI terkenal lewat 80an, Sinead O’Connor baru-baru ini memuatnaik video pengakuan bahawa dia bergelut rasa ingin bunuh diri dan menghidap penyakit pra-mental.
Video berdurasi 12 minit itu dimuat naik O’Connor minggu lalu di akaun rasmi Facebooknya, mendedahkan bahawa dia ketika itu sedang berada di sebuah hotel di New Jersey.
Penyanyi berusia 50 tahun itu menangis di hadapan katil sambil berkata video itu dirakam bagi memberi gambaran kepada semua bagaimana rasanya menjadi dirinya.
“Saya sekarang tinggal di Motel Travelodge dan saya sendirian di sini. Tiada seorang pun yang dapat membuat saya rasa mahukan teruskan hidup, kecuali doktor yang merawat saya, psikiatri yang sangat baik – dan itu membuatkan ia lebih menyedihkan.
“Saya mahu semua tahu apa rasanya begini dan itu tujuan video ini dirakam,” katanya.
O’Connor juga mahu, ramai turun membantu dan memberi semangat kepada orang berperasaan sepertinya.
“Saya tak mahu mati, setiap hari saya kuatkan diri untuk teruskan hidup. Perasaannya seperti tak mahu hidup dan tak mahu mati. Saya tak mahu mati kerana saya mempunyai empat orang anak.
“Kamu di luar sana bantu orang seperti saya dan kepada yang menyayangi saya datang ke sini dan selamatkan saya,”katanya.
Hari ini, satu post telah dimuatnaik di akaun Facebooknya mengatakan bahawa O’ Connor berada dalam keadaan selamat dan tidak membuat tindakan membunuh diri.
Video pengakuannya itu mendapat ramai reaksi peminatnya dalam memberikan sokongan terhadap penyanyi Irish itu untuk meneruskan hidup, tidak kurang juga yang bimbang dengan keadaannya.
If you're making fun of Sinead O'Connor right now, you're an evil prick. #mentalillness is not a joke. Reach out and take care of family.
— Skarlet Karson (@IdesKat315) August 8, 2017
I wish I could hug Sinead O'Connor. Haunting, yet incredibly brave and inspirational. Another HUGE step to showing - It's ok to talk.
— Danny Miller (@DannyBMiller) August 8, 2017
When Chester died, people preached how important it is to reach out for help. Sinead O'Connor is reaching out and ppl are making fun of her.
— Anki (@_ankey) August 8, 2017
Thinking of Sinéad O'Connor tonight and all of those who struggle with mental illness. A heartbreaking journey. Please hang on.
— rose mcgowan (@rosemcgowan) August 6, 2017
Sinead O’Connor merupakan penyanyi dan penulis lagi, popular dengan lagu-lagu seperti Nothing Compares 2 U dan This Is A Rebel Song.
Topic Berkaitan
#bunuh diri
#Facebook
#Sinead O Connor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan