awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi veteran Singapura R. Ismail meninggal dunia

Bernama
Bernama
13/09/2020
16:35 MYT
Penyanyi veteran Singapura R. Ismail meninggal dunia
R. Ismail meninggal dunia petang Ahad di Hospital Besar Sengkang akibat komplikasi jantung. Foto esplanade.com
Penyanyi veteran Singapura R. Ismail meninggal dunia petang Ahad di Hospital Besar Sengkang akibat komplikasi jantung.
Ketika dihubungi Bernama, anak sulung Allahyarham, Aslina berkata bapanya meninggal dunia pada 2.17 petang tadi selepas dimasukkan ke Hospital Sengkang pada Isnin lalu dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Memanggil bapanya dengan panggilan 'Aba', Aslina berkata jenazah kini berada di rumah adiknya, Iskandar di Choa Chu Kang dan akan dikebumikan esok pada 9 pagi di Pusara Aman, Choa Chu Kang.
Biduan R. Ismail atau nama sebenarnya Ismail Abdul Rahman, 83, sinonim dengan lagu seperti Gurindam Jiwa yang dinyanyikan bersama Allahyarhamah Rafeah Buang.
Beliau yang menetap di Malaysia dan pulang ke Singapura sekitar 2017, meninggalkan seorang isteri dan 11 anak.
Aslina menyifatkan bapanya seorang yang penyayang dan sangat rapat dengan keluarga dalam kesibukan sebagai penyanyi.
"Dalam kalangan rakan artis juga, Aba disayangi. Ramai rakan artis di sini yang datang ziarah dan rakan artis di Malaysia yang menghubungi.
"Jika COVID-19 semakin pulih dan sempadan dibuka, rakan artis di Malaysia menyuarakan hasrat untuk datang ziarah ke sini," katanya.
Aslina turut memohon peminat penyanyi itu agar mendoakan supaya roh bapanya dicucuri rahmat.
Beliau turut memaklumkan bapanya meninggal dunia pada hari lahir ibunya yang ke-70 tahun, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gurindam Jiwa
#Hospital Besar Sengkang
#Ismail Abdul Rahman
#komplikasi jantung
#meninggal dunia
#penyanyi veteran Singapura
#R Ismail
#Rafeah Buang
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan