Lisa Surihani berpendapat peminat hari ini tidak lagi mengambil kira status seseorang selebriti menerusi perkahwinan.

"Buktinya, Lisa masih lagi tercalon sebagai finalis pelakon filem wanita popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 ‘ABPBH’ walaupun selepas mendirikan rumah tangga," katanya.

Dia turut mengakui barisan pelakon terkenal bukan lagi menjadi faktor utama kejayaan kutipan sesebuah filem malah menyatakan populariti harus diiringi dengan kerja yang berkualiti.

Turut disenaraikan untuk kategori pelakon filem wanita popular Maya Karin, Nora Danish, Neelofa dan Yana Samsuddin sebagai calon.