PUTRAJAYA: Berkongsi pentas yang sama dengan ‘living legend’, Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah dambaan sebilangan besar penyanyi di negara ini.
Masakan tidak, sejarah dan reputasi yang direkod Siti Nurhaliza tiada tolok bandingnya.
Justeru, apabila penyanyi angkatan baharu seperti Aina Abdul ditawar menyanyi secara duet dengan Siti Nurhaliza, tiada asas untuk dia menolak undangan itu.
Sebaliknya, Aina menyifatkan, berkongsi pentas dengan buah hati kesayangan Malaysia itu saling tidak ubah seperti mimpi jadi nyata.
Kemanisan itu, tambah berganda buat Aina apabila Siti Nurhaliza turut mengalunkan lagu cipatannya di pentas akhir Big Stage 2022 yang berlangsung malam tadi.
Menurut pelantun lagu Semalam itu, dia bukan sahaja meminati figura tersebut malah mengagumi cara nyanyian dan kehebatan seniornya itu.
"Peluang untuk berada satu pentas bersama beliau sentiasa saya nantikan. Banyak kali saya kongsikan perkara ini kepada pasukan saya. Bukan sahaja minat, tapi obses. Malah mak saya pun meminati beliau.
"Untuk saya berduet bersamanya walau hanya dalam tempoh lima minit sahaja, saya bersyukur dan gembira. Beliau berikan saya aura positif. Beliau sambut saya dengan tangan terbuka," kata Aina berkongsi kebanggaan dan penghargaannya kepada Siti Nurhaliza dengan wartawan sejurus selesai Big Stage 2022 malam tadi.
Pada persembahan malam tadi, Aina dan Siti Nurhaliza masing-masing berduet lagu Purnama Merindu dan Semalam yang mendapat pujian ramai peminat kedua-dua mereka.
Bercerita lanjut, anak jati Negeri Sembilan berkata, pada awalnya, dia risau dengan reaksi yang bakal diberikan orang ramai selepas persembahannya itu kerana takut terikut-ikut dengan cara nyanyian Siti Nurhaliza.
"Jujur saya pun berusaha sebaik mungkin sebab kalau saya nyanyi lagu Datuk Seri Siti, mesti rasa nak terikut-ikut caranya.
“Sebenarnya bila dapat peluang ini, saya gembira namun sedikit tertekan pada masa sama. Sebab saya sedar, ada peminat yang begitu kritikal dalam mendengar nyanyian artis dan saya amat hargainya.
"Cuma rasa takut juga kalaulah apa yang saya bawa di bawah jangkaan mereka. Tapi apa yang saya belajar daripada Datuk Seri Siti, beliau menyanyikan lagu saya dengan caranya yang tersendiri dan saya terpanggil untuk melakukan sesuatu.
"Saya tidak tahulah bagaimana yang anda dengar, Cuma dalam tempoh singkat, itulah yang apa boleh saya persembahkan," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Aina juga memaklumkan, Siti Nurhaliza ada bersuara meminta sebuah lagu ciptaannya untuk album terbaharu penyanyi nombor satu negara itu.
Bagi Aina, itu dalah satu peluang keemasan dan dia berikrar akan melakukan yang terbaik untuk figura kesayangan Malaysia itu.
"Ia tanggungjawab yang besar, kalau nak buat lagu untuk Datuk Seri Siti saya tak boleh bagi ala kadar.
"Saya akan buat betul-betul, Insya-Allah bulan Ramadan ini saya ada banyak masa terluang… mana tahu datang ilham saya akan cipta terus," tambahnya.
Selain menghiburkan penonton, Aina juga diundang sebagai juri jemputan Big Stage 2022 bersama Elly Mazlein.
Asyraf Roslan
Mon Mar 28 2022

Persembahan penuh elegan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Aina Abdul di pentas akhir Big Stage 2022 yang berlangsung malam tadi.

AWANI Ringkas: Cuba terjun jambatan, lelaki positif dadah

Tragedi Baling | Mayat ketiga ditemui di bawah timbunan pokok
Mayat ketiga tragedi banjir dan kepala air yang disahkan hilang pada Isnin, ditemui pasukan penyelamat sekitar jam 11.55 pagi tadi. Menurut Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, mangsa mangsa, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14 tahun, ditemukan dibawah timbunan pokok yang terletak tidak jauh dari mayat ibu dan kakak iparnya yang ditemui sekitar jam 9.30 pagi.
![[TERKINI] PM zahir rasa sedih dan simpati dengan kejadian banjir di Baling [TERKINI] PM zahir rasa sedih dan simpati dengan kejadian banjir di Baling](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976602/thumbnails/4194787241657005046625_640x360.jpg)
[TERKINI] PM zahir rasa sedih dan simpati dengan kejadian banjir di Baling
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri menzahirkan rasa sedih dan sangat simpati dengan kejadian bencana banjir yang berlaku di Baling, Kedah yang mengakibatkan tiga nyawa terkorban setakat ini.

Ikmal Hisham nafi beri jam, payung untuk 'pancing' rakyat hadir majlis PN
Ikmal Hisham yang juga Timbalan Menteri Pertahanan turut mencabar mana-mana pihak agar mengemukakan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan.

Penyanyi lagu Widuri, Bob Tutupoly, meninggal dunia pada usia 82 tahun
Difahamkan, Bob sejak kebelakangan ini kerap berdepan masalah kesihatan dan sering berulang alik ke hospital untuk menjalani rawatan.

Ibadah Korban | Permintaan lembu ‘gemuk’ berkurangan, harga tinggi
Permintaan lembu ‘gemuk’ bagi ibadah korban di kawasan luar bandar tahun ini didakwa berkurangan kerana harga yang tinggi. Penternak di Kampung Lepan Jaya, Gua Musang, Kelantan, Mohd Saiful Basri Mat Yaakob berkata orang ramai tidak berani membeli lembu bersaiz besar kerana harganya boleh mencecah RM12,000 hingga RM20,000 seekor.
![[TERKINI] Tragedi | Perkembangan banjir di Baling [TERKINI] Tragedi | Perkembangan banjir di Baling](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976599/thumbnails/4194786951657003269630_640x360.jpg)
[TERKINI] Tragedi | Perkembangan banjir di Baling
Perkembangan lanjut penemuan mayat ketiga kejadian kepala air di Kampung Iboi, Kupang, Baling bersama Wakil Astro AWANI Kedah, Abd Hadi Che Awang.

OPR | Dijangka meningkat ke paras 3.00-3.25% tahun ini
Kadar dasar semalaman (OPR) dijangka berada pada paras 3.00 hingga 3.25 peratus pada tahun ini. Unjuran itu dibuat Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Dr Afzanizam Abd Rashid yang mengatakan peningkatan OPR dilihat penting dalam mengimbangi peningkatan inflasi yang ketika ini berada pada paras 2.8 peratus.

Kerjasama komuniti kekalkan operasi KIB AADK
Walau sehebat mana inisiatif dan dasar yang kerajaan gariskan untuk kesejahteraan rakyat, ia tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya kurang kerjasama daripada komuniti.

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi persidangan ACWW
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan Persidangan ke-13 Persatuan Wanita Desa Sedunia bagi kawasan Asia Tenggara dan Timur Jauh di sini.

'Rambut di baju saya tu real hair' - Busana Aina Abdul di konsert jadi tumpuan
Persalinan rona hitam tersebut terhasil menerusi perbincangan bersama penata gayanya, Abu Shaef Hamza.

A Night With Aina Abdul 2.0: Pakai busana 'rambut', Aina tak sabar menanti komen netizen
Menurut pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani, idea untuk memakai busana rambut itu adalah hasil perbincangannya bersama dengan penata gaya, Abu Shaef Hamza.

Aina Abdul gementar ramai artis 'otai' turun konsert solo pertama di Istana Budaya
Aina berkata, dia tidak menyangka konsert solo pertamanya itu bakal dihadiri selebriti terkenal tanah air.

Rancang guna mikrofon Allahyarham Sarah, Misha Omar batalkan sebab takut...
Misha memberitahu pada asalnya dia mahu menggunakan mikrofon milik sahabat baiknya itu untuk menyanyi sebagai penghormatan buat Sarah.

'Nyanyian penuh rasa' - Shuib puji persembahan Aina Abdul pada segmen tribute buat Siti Sarah
Wajah Shuib yang beberapa kali kelihatan di hadapan kamera turut menimbulkan rasa hiba penonton.

'Tugasan berat untuk digalas' - Misha Omar kongsi perbualan segmen 'tribute' dengan Siti Sarah
Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), HCTM, UKM pada 9 Ogos tahun lalu.

Saya tak nak janji apa-apa tapi anda tidak akan menyesal - Aina Abdul
Konsert 'A Night with Aina Abdul 2.0' akan berlangsung di Istana Budaya pada 25 dan 26 Jun 2022 akan datang.

Senaman di gim pakai 'dress', Aina Abdul cetus inspirasi buat netizen
Aina Abdul mencuri perhatian ramai apabila melakukan aktiviti mengangkat berat di gimnasium sambil memakai 'dress' labuh.

Permintaan Siti Nurhaliza buat Aina Abdul gementar
Berkongsi pentas dengan Siti Nurhaliza di pentas akhir Big Stage 2022 melengkapkan keinginan Aina Abdul.

Aina Abdul nekad kenali peminat walau hasrat anjur konsert maya terpaksa ditangguh
Penyanyi yang popular dengan lagu Sumpah itu menyatakan dia terpaksa melupakan hasratnya kerana terdapat beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan.