awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pernahkah anda bermimpi bercuti bersama Siti Nurhaliza dan keluarga?

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
20/12/2017
11:33 MYT
Pernahkah anda bermimpi bercuti bersama Siti Nurhaliza dan keluarga?
Program yang berkonsepkan realiti ini bakal memperlihatkan kepada penonton perjalanan percutian Siti bersama keluarga besarnya. - Foto: AstroAwani/SitiNursyazwani
Pernahkah anda bermimpi dapat berkongsi percutian bersama-sama penyanyi No.1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza?
Impian anda mungkin akan menjadi realiti hujung Disember ini.
Kegirangan Siti Nurhaliza bercuti dengan suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa kini akan dapat dikongsi peminat-peminat penyanyi berusia 38 tahun itu menerusi kaca televisyen anda.
BACA: Siti Nurhaliza kini bergelar Datuk Seri
Program yang berkonsepkan realiti ini bakal memperlihatkan kepada penonton perjalanan percutian Siti bersama keluarganya.
BACA: Siti Nurhaliza beri bayangan timang bayi perempuan?
Menurut Siti, rancangan ini merupakan program realiti eksklusif yang julung kali diadakan.
“Bukan senang nak kumpulkan kesemua ahli keluarga saya dan Datuk K, tetapi Ahamdulillah, kami berjaya kumpulkan seramai 24 orang untuk percutian ini.
“Kami menghabiskan masa bersama selama 20 hari di tiga buah negara iaitu Spain, Portugal dan Dubai. Pelbagai ragam sepanjang perjalanan percutian ini yang akan anda saksikan,” kata penyanyi berusia 38 tahun itu ketika pelancaran program ‘CTDK-ation’ di ibu negara, hari ini.
Turut hadir majlis tersebut adalah suaminya, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal dan ahli keluarga Siti.
Program 10 episod ini akan bersiaran setiap hari Jumaat bermula 29 Disember 2017 di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.
Ia turut boleh diakses menerusi portal Gempak, aplikasi Astro Go dan perkhidmatan ‘on-demand’ untuk pilihan yang fleksibel.
BACA: Siti Nurhaliza disenarai 500 Muslim Paling Berpengaruh
BACA: "Kurniaan ini rezeki saya dan anak" - Siti Nurhaliza
BACA: Pengurus dedah pengorbanan Siti Nurhaliza selama 11 tahun
BACA: 'Jika di penghujungnya tetap tiada, Siti redha' - Perkongsian wartawan senior buat ramai sebak
Topic Berkaitan
#Astro Ria
#CTDK-ation
#Datuk Khalid
#Emarina Mohd Kamal
#on-demand Astro
#portal Gempak
#Program
#realiti
#Siti
#Siti Nurhaliza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan