PENDAKWAH sensasi Da'i Nik Ahmad Farhan mungkin berdepan hukuman denda atas kesalahan melakukan poligami luar kebenaran mahkamah dan melanggar Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Farhan juga telah menceraikan bekas isterinya, Fatin Nurul Ain Mat Aris dengan talak satu tanpa kebenaran mahkamah.

Perkara itu dinyatakan menerusi kenyataan media daripada rakan baik bekas isteri Farhan, Ches Al Maliki pada petang semalam.

"Nik Farhan mengamalkan poligami dengan berkahwin dengan Noorainul Naqim Mohd Radzi tanpa kebenaran mahkamah.

"Perbuatan menceraikan Fatin Nurul Ain dengan talak satu di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah.

"Kesalahan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya yang diwakili peguam syarie, Datuk Hazizah Kassim.

BACA: 'Ini perkahwinan ke-3 saya' - Isteri baru Da'i Farhan dedah cinta tiga hari di Makkah!

Perbuatan terbabit sebagai individu yang merupakan ikon dan berlatar belakang agama, pendakwah dan selebriti agama menyebabkan undang-undang Islam dipandang hina.

Malah, kenyataan Farhan menerusi temubual eksklusif bersama sebuah portal hiburan turut disifatkan menghina agama dan undang-undang Islam.

Laporan itu dibuat di bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam pada Khamis.

BACA: "Isteri baharu macam vitamin buat saya" - Da'i Farhan

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Ches Al Maliki atau nama sebenarnya Nafsarah Maliki masih belum menerima permohonan maaf terbuka daripada Farhan selepas lebih tempoh 24 jam.

Pada 28 November lalu, Nik Ahmad Farhan membuat laporan polis dan tuntutan saman terhadap Nafsarah kerana melakukan fitnah terhadapnya secara menulis surat terbuka mendedahkan konon perkahwinannya bersama isteri kedua, Dr Aireen dibuat tanpa pengetahuan isteri pertama.

Nafsarah menerusi sebuah kenyataan kemudiannya memaklumkan saman fitnah yang dibuat terhadapnya ditarik balik.

Maklumat itu disampaikan melalui keluarga Fatin Nurul Ain dan Nafsarah kemudiannya menuntut agar pihak terbabit membuat kenyataan dan permohonan maaf secara terbuka.