awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh

PSY beri ucapan di Universiti Harvard

Astro Awani
Astro Awani
11/05/2013
02:39 MYT
PSY beri ucapan di Universiti Harvard
Psy yang merupakan penyanyi Asia pertama memberi ucapan di Universiti Harvard, mendedahkan dia pernah digelar “WWF” semasa menuntut di Universiti Boston.
Gelaran itu bagaimanapun, tiada kena mengena dengan persatuan gusti “World Wresling Federation”.
Namun maksud sebenar yang dirujuk Psy adalah “Withraw, Withraw, Fail” melambangkan prestasinya yang selalu gagal dalam pemeriksaannya.
“Saya pernah mempunyai gelaran WWF sepanjang empat tahun belajar di kolej di Boston, ianya bukan “World Wresling Federation” maksud sebenarnya ialah orang yang selalu gagal dalam ujian,” kata Psy ketika berucap.
Psy diundang memberi ucapan kepada para penuntut Universiti Harvard dalam jurusan sejarah Korea
Disamping perbincangan itu, Psy juga dilihat sebagai ikon dalam fenomena budaya global rentetan kejayaannya menembusi pasaran seluruh dunia dengan lagu dan tariannya yang menjadi fenomena.
“Saya difahamkan bahawa, saya adalah orang yang pertama berucap di sini tanpa menggunakan sebarang kertas atau catatan nota.
“Sebab saya tidak gunakan sebarang nota ialah kehadiran saya disini bukan lah atas tujuan akademik namun hanya sekadar meluangkan masa dan berkongsikan pengalaman peribadi saya,” kata Psy yang sangat menghiburkan.
Psy atau nama sebenar, Park Jae Sang mengakui berasa sangat terkejut apabila lagunya “Gangnam Style” popular di serata dunia.
“Saya perlu merendah diri, kerana perkara sebergini tidak pernah terjadi kepada sesiapa pun lagi terutamanya artis Asia seperti diri saya mahupun telah ramai yang cuba untuk menembusi pasaran US,” tambah Psy.
“Gangnam Style” mendapat lebih 1.5 billion tontonan di Youtube manakala single terbarunya “Gentleman” kini mencatat lebih 300 juta tontonan.
Topic Berkaitan
#Gangnam Style
#Gentleman
#Harvard
#PSY
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.