JIKA suara yang merdu boleh menjadi penentu sejauh mana satu bakat seni boleh melangkah, maka suara yang satu ini tentu sekali tidak punya masalah untuk dibawa ke mana sahaja.
Dikenali sebagai Adinda Tasya Mansor, suara kanak-kanak berusia 11 tahun ini kini menjadi bualan masyarakat di China, selepas kemunculannya dalam program pencarian bakat baru di negara itu, Let's Sing, Kids.
Dia yang menyampaikan lagu berbahasa Mandarin berjudul Next Stop in the Future, menerima standing ovation bukan sahaja daripada penonton, malah berjaya mengagumkan para juri.
Kesemua juri pertandingan, Gary Chaw, Su Yunying, Jacky Xue Zhiqian, berebut mahukan Adinda sebagai protege mereka.
Namun anak kelahiran Taiping, Perak itu kemudiannya memilih Su sebagai mentor.
Netizen, khususnya di China, menganggap Adinda sebagai 'the next Shila Amzah', yang sebelum ini berjaya mengukir nama di negara itu menerusi pertandingan Asian Wave.
Adinda merupakan peserta Ceria Popstar tahun lalu, dan menamatkan pertandingan di tempat kelima.
Let's Sing, Kids memulakan siaran 2 Julai lalu di stesen televisyen paling popular di China, Hunan TV.
Madiha Abdullah
Sat Jul 09 2016
Suara merdu Adinda mengagumkan penonton.- Foto/YouTube
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Giliran Domino's berbahasa klasik, netizen mohon 'kekanda jangan naik harga'
Entri itu dimuat naik pada pagi Khamis susulan penggunaan perkataan bahasa Melayu klasik, kekanda dan adinda, diperkatakan.
'Adinda' belum jawab warkah 'kekanda'
Entri paling terbaharu dimuat naik 17 jam lalu berkenaan lawatan ke tapak pertanian bersama Jabatan Pertanian di Mengkuang Semarak.
Warkah kepada cucunda daripada Najib
Najib memanggil cucunya dengan bahasa persuratan dan kesusasteraan Melayu lama ketika menulis kapsyen di Facebooknya.
Kalau tak boleh tidur, bacalah doa - Najib
Sindiran ini dibuat selepas membaca warkah panjang dari Cordova yang ditulis Mujahid kepada Nurul Izzah.