awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putera Harry, Meghan Markle bertunang?

Astro Awani
Astro Awani
26/11/2017
07:39 MYT
Putera Harry, Meghan Markle bertunang?
Putera Harry dan Meghan Markle bakal umum pertunangan.
PUTERA Harry dan Meghan Markle dilaporkan sudah bertunang.
Perkara itu disahkan sumber kerabat Diraja Britain yang dipetik Sunday Express.
"Satu mesyuarat diadakan pada Jumaat lalu bagi mengesahkan mengenai pertunangan pasangan berkenaan serta mengumumkannya kepada kakitangan Istana Buckingham dan Kensington," kata sumber itu lagi.
Menurutnya, kini terpulang kepada pasangan itu untuk memutuskan bila akan mengumumkan secara rasmi pertunangan mereka.
"Apa yang penting adalah Ratu Elizabeth telah memberikan restu Baginda kepada pertunangan berkenaan," katanya sumber itu.
Sumber itu turut menjelaskan, pengumuman rasmi mengenai pertunangan Putera Harry bakal dibuat dalam dibuat pada bila-bil masa, seawal minggu depan atau awal tahun depan.
Pengesahan itu sekali gus menamatkan spekulasi berbulan lamanya mengenai status hubungan mereka.
Putera Harry dan Meghan telah menjalinkan hubungan sejak 16 bulan lalu.
Pasangan berkenaan, dilaporkan sebelum ini telah berbincang beberapa kali mengenai perkahwinan mereka.
Putera Harry juga telah bertemu dengan ibu Meghan, Doria Ragland, tahun lalu.
Topic Berkaitan
#diraja
#Istana Buckingham
#istana kensington
#Meghan Markle
#pertunangan
#Putera Harry
#Ratu Elizabeth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan