awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puteri Sarah bawa anak-anak bercuti di Pulau Pinang bersama keluarga mentua

Gempak
Gempak
11/04/2024
03:15 MYT
Puteri Sarah bawa anak-anak bercuti di Pulau Pinang bersama keluarga mentua
Puteri Sarah Liyana bersama dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.
MESKIPUN sudah berpisah dengan bekas suaminya, pengarah Syamsul Yusof, namun pelakon Puteri Sarah Liyana masih menjaga silaturahim bersama keluarga mentuanya.
Malah, Sarah memberitahu dia juga akan meluangkan masa bersama keluarganya dan mentua pada sambutan Hari Raya Aidilfitri.
"Tahun ini sebelum ini saya sibuk dengan penggambaran tapi kali ini saya sibuk dengan bisnes… pada Ramadan lalu saya nak kejar untuk bisnes.
“Macam biasa la, saya tetap akan beraya dengan keluarga mentua saya. Lepas itu, kami akan beraya sekali dengan keluarga saya. Kami bercuti di Penang sebab kebetulan, mama saya pun dari sana.
“Jadi, kita sama-sama ke sana. Insya-Allah esok atau lusa, kita akan ke sana. Anak-anak pun mesti nak holiday di Batu Feringhi,” kata Sarah kepada Gempak.
Ikut tradisi beraya bersama
Dalam pada itu, Sarah berkata, dia tetap akan mengikut tradisi beraya bersama keluarga mentua kerana tidak pernah menganggap mereka sebagai orang luar.
“Saya masih ikut tradisi beraya dengan mentua sebab saya tak pernah anggap mereka orang luar biarpun apa yang terjadi. Masih kekal silaturahim, malah saya shooting pula dengan bapa mentua sendiri.
“Shooting cerita polis… untuk Polis Peronda, drama bersiri 30 episod,” ujarnya.
Untuk info, Sarah pernah berkahwin dengan pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. - Gempak
Topic Berkaitan
#puteri sarah liyana
#Syamsul Yusof
#Yusof Haslam
#cuti raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan