HIBURAN
Rai ulang tahun ke 57, lautan manusia banjiri kediaman Shah Rukh Khan

Shah Rukh Khan melambai kepada peminatnya yang berkumpul sempena ulang tahun kelahirannya di kediamannya di Mumbai, India, 2 Nov 2022. (Foto AP)
MELENGKAPI tradisi tahunan di India, ribuan peminat fanatik aktor Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan membanjiri perkarangan kediamannya di Mumbai, pada Rabu.
Memetik laporan Hindustan Times, aktor yang meraikan ulang tahun ke 57 pada 2 November itu dilaporkan bertemu dengan para peminatnya sambil berdiri di atas tembok besar di banglo mewah enam tingkat yang dikenali sebagai Mannat.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, kediaman aktor terkenal itu akan dipenuhi peminat bukan sahaja dari India, malah dari seluruh dunia.
Ribuan peminat akan berkumpul sejak awal pagi menanti kehadiran aktor kesayangan mereka memberi lambaian istimewa dan mengambil gambar.Dalam pada itu, pihak berkuasa India turut mengawal perkarangan lokasi kediaman Shah Rukh Khan bagi memastikan tiada kejadian buruk berlaku.
Dalam hantaran itu, beliau menulis, “Saya dapat lihat lautan cinta. Terima kasih semua kerana berada di sana dan menjadikan hari ini begitu istimewa. Terima kasih dan hanya kasih sayang untuk anda semua”.

Reaksi peminat Shah Rukh Khan yang berkumpul di luar kediamannya untuk menyambut hari lahirnya ketika aktor itu melambai tangan kepada mereka, di Mumbai, India, 2 Nov 2022. (Foto AP)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami