RAMLAH Ram akhirnya dapat menggenggam mikrofon peribadinya sendiri selepas lebih 37 tahun bergelar penyanyi.

Kongsi Ramlah menerusi hantaran di media sosialnya, mikrofon terbabit direka mengikut warna kegemarannya iaitu putih dan emas.

"Alhamdulillah. Akhirnya, selepas lebih 37 tahun saya bergelar sebagai anak seni, baru ini kali pertama saya mempunyai mikrofon sendiri.

"Mikrofon ini saya rekakan mengikut warna kegemaran saya, putih dan emas," tulisnya.

Ramlah turut berkongsi beberapa gambarnya bersama mikrofon baharunya itu dan juga reka bentuk mikrofon gabungan warna putih dan emas itu.

Mikrofon itu turut ditempa dengan autograf Ramlah. -Gempak