awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasa tidak dihargai, Jue Aziz ingin kembangkan bakat lakonan di Indonesia

Gempak
Gempak
25/12/2017
06:52 MYT
Rasa tidak dihargai, Jue Aziz ingin kembangkan bakat lakonan di Indonesia
Jue berkata, dia bukan merajuk dengan industri di Malaysia namun merasakan artis-artis senior tidak dihargai memandangkan masyarakat kini lebih menghargai bakat baru yang popular di media sosial. Foto Astro Gempak
Pelakon Jue Aziz mengakui mempunyai rancangan untuk mengembangkan bakat lakonannya di negara Indonesia.
Menurut Jue, kehadiran ramai pelakon baharu dalam industri di Malaysia menyebabkan dia berasakan dirinya sudah tidak dihargai.
"Saya rasa sudah tiba masanya saya mengorak langkah untuk kembangkan bakat lakonan di negara Indonesia.
"Saya harus gunakan peluang yang ada memandangkan suami saya juga merupakan orang yang berasal dari sana.
"Rasanya tidak salah kerana jika dilihat ramai sahaja selebriti di Malaysia yang mengembangkan bakat mereka di negara orang.
"Bukan merajuk dengan industri di Malaysia namun saya cuma rasa artis-artis senior tidak dihargai memandangkan masyarakat pada masa kini lebih menghargai bakat baru yang popular di media sosial," katanya kepada Astro Gempak.
Jue berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Grand Finale Lefestour 10.0 Melaka 2017 yang diadakan di Flora Terrace, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Jue Aziz
#media sosial
#pelakon
#pelakon baru
#tidak dihargai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan