SEBUT saja tentang James Bond, pasti sudah terbayang figura seorang jejaka tampan memakai sut yang lincah sebagai ejen perisikan.

Hakikatnya, James Bond atau ejen 007 sudah menjadi watak ikonik yang dikagumi seluruh dunia.

Malah, sejak mula diterbitkan pada 1963, filem James Bond dikatakan sudah mempunyai lebih 25 francais termasuk satu dokumentari.

Namun, tahukah anda terdapat lima filem James Bond yang meraih skor tertinggi di laman web Rotten Tomatoes?

Jika anda tertanya-tanya apakah lima filem berkenaan, berikut merupakan senarainya:

#5 SKYFALL (2012) 92%

Gandingan Daniel Craig dan Judi Dench menjadikan filem ini begitu ikonik.

Malah, Skyfall boleh dikatakan antara yang terbaik pernah dihasilkan sejak Daniel Craig mengambil alih kedudukan sebagai 007.

Filem arahan Sam Mendes ini meraih 92 peratus berdasarkan Rotten Tomatoes.

#4 CASINO ROYALE (2006) - 94%

Meraih skor sebanyak 94 peratus saja sudah cukup membuktikan filem ini bukan sebarangan!

Ketika ini, Daniel Craig telah mendapat pujian ramai kerana berjaya membawa watak James Bond yang lebih segar dan sedikit berlainan.

Filem ini diarahkan Martin Campbell.