awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratu cantik pilihan Hans Isaac untuk tamatkan zaman bujang

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
28/02/2017
08:08 MYT
Ratu cantik pilihan Hans Isaac untuk tamatkan zaman bujang
Hans dan Aileen Gabriella umumkan ikatan antara mereka di ibu negara hari ini. - Astro AWANI / Mariah Ahmad
Pelakon dan penerbit popular Datuk Hans Isaac, 45, mengumumkan akan melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya Aileen Gabriella Robinson, 28, pada 29 Julai ini.
Dalam satu sidang media yang berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur hari ini, Hans turut berkongsikan beliau sudah bertunang dengan pasangannya pada 29 Januari lalu di gereja Cathedral of the Good Shepherd di Singapura.
"Pertemuan pertama kami adalah pada 2011 ketika Gabriella menyertai Miss Tourism International dan saya adalah jurinya.
"Namun kami mula menjalinkan hubungan sebagai kekasih pada tahun lalu," jelas Hans.
Kata Hans, cara Gabriella membawa diri dan sikap santunnya menjadikan beliau tertarik hati dengan gadis tersebut.
A post shared by Gabriella Robinson (@gabriellarobinson) on
Aug 7, 2016 at 12:27am PDT
Gabriella Robinson turut aktif di media sosial. Ketika ini beliau mempunyai lebih 10.7 ribu pengikut di Instagram.
Sementara itu, bagi Gabriella jurang usia 17 tahun antara mereka bukan penghalang untuk memahami pasangan masing-masing.
"Walaupun Hans sibuk dengan kerjanya namun Hans tetap bertanggungjawab dan mengutamakan keluarganya. Itu menarik perhatian saya.
"Perwatakan Hans yang sangat teratur turut mengajar saya banyak perkara. Keperibadiannya yang sangat positif turut menjadikan saya lebih positif," tambah Gabriella dalam sidang media yang sama.
Hans dan Gabriella akan melangsungkan perkahwinan mereka di Gereja St John Cathedral, Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Aileen Gabriella Robinson
#berkahwin
#Hans Isaac
#Selebriti Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan