awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratu rock sejati, hanya seorang Ella tawan semua generasi!

Maliah Surip
Maliah Surip
11/06/2023
10:30 MYT
Ratu rock sejati, hanya seorang Ella tawan semua generasi!
Persembahan Ella pasti sentiasa energetik, sebuah trademark sejak usia muda sehingga kini yang selalu dinantikan peminat. - Gempak
HANYA memerlukan seorang Ella sahaja untuk membuat semua generasi, peminat dari pelbagai negara termasuk Singapura, Indonesia dan Brunei membuat isi Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, dari hujung ke hujung, atas ke bawah dan tengah (atas) termasuk lapangan berdiri yang sesak dengan manusia.
Hanya seorang manusia iaitu Ella. Memang luar biasa. Hanya anda seorang sahaja yang mampu menjinakkan lebih 10, 000 penonton dengan karisma anda. Pengalaman malam konsert ini memang gila, Ella.
Gempak
Gempak
Sejak usai zaman bersama Ella & The Boys pada lewat tahun 80-an, Ella atau pemilik nama sebenar Nor Zila Aminuddin merentas belantika muzik secara solo.
Hanya beliau seorang, disokong komposer dan penulis lirik hebat dan dikelilingi pemuzik terbaik bersama pasukan yang berjaya membuat kariernya terus relevan dengan album demi album dan single-single hit, adalah sebuah ‘pemandangan indah’ untuk melihat isi stadium padat.
Semua berbondong-bondong hadir untuk menjadi saksi mata kepada Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota.
Gegak gempita stadium malam 10 Jun 2023. Semuanya masuk ke dalam dunia Ella — bintang dan subjek yang menjadi magnet kepada ribuan penonton tanpa dipaksa-paksa.
Memang membuat meremang bulu roma. Ini bukan pertama kali pihak media diberi kesempatan ikut menonton sebuah konsert, tapi entah kenapa duduk di antara ribuan penonton, melihat apresiasi yang diberikan sepenuh hati demi meraikan seorang Ella, hati jadi sebak.
Sementelah inilah kualiti sebuah konsert — bukan sekadar sebuah persembahan tetapi digelar konsert. Dari feel, sehingga semua tentang acara ini bertaraf konsert.
Mata merayap ke segenap stadium, melihat padatnya ruang dan di tengah-tengah dihidangkan dengan pentas tanpa percubaan yang terlalu extravaganza. Ia cukup dengan permainan LED, pencahayaan yang baik, ruang yang selesa untuk semua pemuzik handalan bergerak dan tentulah panggung cukup luas buat Ella beraksi dengan lincah.
Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota juga sesuai dengan pemberitahuan — 35 tahun Ella. Semua perjalanan 35 tahun itu dituang dalam konsert yang dibawakan oleh Hitman Solutions dengan baik.
Bernuansa rock dengan sedikit ‘aroma funfair’ namun kentalnya pop dan balada patah hati yang membawa penonton pulang menziarah nostalgia bersama Ella muncul mengebu-gebu.
Gempak
Gempak
Ia jelas terlihat saat tembang seperti Layar Impian, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Pengemis Cinta, Puteri Kota, Kesal, Retak, Tiada Tangis Lagi dan Sembilu misalnya, penonton menjadi ‘gila’ — menyanyi (yang sebenarnya terpekik terlolong) bersama Ella.
Itu belum bercakap tentang persembahan Ella yang energetik. Sebuah trademark sejak usia muda sehingga kini yang selalu dinantikan peminat.
Sesekali beliau menyapa peminatnya: “Ella dengar, I Love You Too”. Lantas meneruskan konsert tanpa memberi ruang peminat berehat.
Beliau mengalunkan pula hit-hit seperti Ala Amerika, Permata Biru, Simbiosis, Kitalah Bintang, Permata Permotong Permata, Nuri dan Standing In The Eyes of The World yang membuat seluruh stadium bergema.
Bercakap tentang vokal, Ella meski sudah mencicip usia 57 tahun masih tajam. Pada setiap lantunan vokalnya diiringi bersama roh dan emosi yang cukup kuat — inilah yang membuat Ella biar hanya menyanyi menggunakan mikrofon biasa atau di bilik karaoke jalanan bersama tshirt dan jeans, karismanya tetap bertaraf superstar.
Pada malam pertama konsert, Ella membuat kejutan dengan mengundang Datuk Amy Search sebagai rakan duetnya menerusi lagu berhantu Dua Insan.
Kehadiran Amy seperti sebuah bonus ‘datang ke konsert Ella, dapat Amy Search sekali’, kerana usai kolaborasi mantap mereka, Amy belanja penonton dengan lagu solonya, Kerja Gila.
Bonus berganda apabila suami tercinta, Azhar mendendangkan tembang asmara mereka, Peace Love Rindu yang dihasilkan pada 2017.
Dan terakhir sekali sekalung tahniah buat pemuzik yang diketuai Datuk Acis yang menjadikan Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota antara konsert lokal terbaik yang dijayakan setakat setengah tahun 2023. Kalian nailed it!
Ella, anda memang legenda sejati. Anda adalah Rock Queen sejati, selayaknya apatah lagi semua generasi daripada yang mendengar dan mengenal penyanyi ini sejak tahun 80-an sehingga anak-anak muda masa kini hadir sebagai saksi.
Dan sekali lagi, anda memang ‘gila’!
Mengulas tentang apresiasi yang didapatkan daripada segenap generasi, Ella melahirkan rasa syukur.
Gempak
Gempak
“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih semua,” ringkas katanya saat dikerumuni media usai konsert.
Untuk penggemar yang bakal hadir menyaksikan Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota malam ini, selamat berpesta dan menikmati salah satu permata atau aset negara yang tidak ada duanya ini. - Oleh Maliah Surip dan artikel asal disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Ella
#Konsert Jilid Akhir Ella Puteri Kota
#ratu rock
#Stadium Axiata Arena
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan