awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rentak Selangor 2021 bantu artis budaya tempatan

Astro Awani
Astro Awani
01/03/2021
01:52 MYT
Rentak Selangor 2021 bantu artis budaya tempatan
Borhan (kiri) mencuba alat permainan tradisional orang-orang asal Selangor yang dipanggil tarian Bahbola ketika majlis perasmian program Rentak Selangor 2021. - Gaya Travel
KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, Kerajaan Neger Selangor menganjurkan program Rentak Selangor 2021 dalam mengetengahkan kepelbagaian seni budaya yang dimilik di negeri itu.
Program itu juga bermatlamat menyemarakkan seni, budaya dan warisan dengan menyediakan landasan persembahan serta ruang untuk berkongsi ilmu daripada tokoh dan penggiat seni budaya dari pelbagai komuniti.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Selangor, Borhan Aman Shah berkata, program itu mampu mengetengahkan nilai budaya kepada rakyat di negeri itu yang bakal mewarisi peradaban serta warisan yang kini makin ditinggalkan.
Beliau berkata, usaha itu dijalankan bagi membantu mempromosi kepelbagaian seni dan budaya Selangor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Program itu bermatlamat menyemarakkan seni, budaya dan warisan dengan menyediakan landasan persembahan serta ruang untuk berkongsi ilmu daripada tokoh dan penggiat seni budaya dari pelbagai komuniti.
Program itu bermatlamat menyemarakkan seni, budaya dan warisan dengan menyediakan landasan persembahan serta ruang untuk berkongsi ilmu daripada tokoh dan penggiat seni budaya dari pelbagai komuniti.
“Sepertimana yang kita sedia maklum, pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada hari ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi dunia malahan turut serta merubah landskap kehidupan masyarakat.
“Jadi, besar harapan saya agar program seumpama ini sedikit sebanyak dapat membantu artis budaya di Selangor untuk meneruskan kelangsungan dalam norma baharu,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Borhan berkata, program berkenaan turut menampilkan kepelbagaian seni warisan budaya yang diamalkan oleh komuniti tempatan iaitu komuniti Melayu, Cina, India dan Orang Asli.
Katanya, antara seni yang dipamerkan seperti seni muzik cempuling yang diiktiraf sebagai identiti negeri Selangor, angklong, Gordang 9 dan seni tarian singa.
“Tahun ini juga menyaksikan program Rentak Selangor 2021 dilaksanakan dalam format baharu, iaitu dalam bentuk rakaman digital dan live di platform sosial media.
Antara seni yang dipamerkan seperti seni muzik cempuling yang diiktiraf sebagai identiti negeri Selangor, angklong, Gordang 9 dan seni tarian singa.
Antara seni yang dipamerkan seperti seni muzik cempuling yang diiktiraf sebagai identiti negeri Selangor, angklong, Gordang 9 dan seni tarian singa.
“Ia juga dilaksanakan mengikut garis panduan dan langkah pencegahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengurangkan transaksi fizikal.
“Langkah proaktif ini juga seiring dengan usaha kerajaan negeri untuk meneroka inisiatif pendigitalan yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada rakyat, lebih-lebih lagi buat generasi akan datang,” katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Rentak Selangor 2021
#Seni
#budaya
#Warisan
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan