MAHU sentiasa bersama keluarga, pelakon Emma Membong mengakui dia sememangnya akan membawa suami dan dua orang anak-anak ketika menjalani penggambaran atau mempunyai kerja luar.
Menurut Emma, dia juga sanggup mengeluarkan kos sendiri untuk keluarganya sekiranya mempunyai penggambaran di luar kawasan.
"Kesibukan di set penggambaran menyebabkan masa saya bersama keluarga agak terbatas. Sebab itu, saya sentiasa mahu bersama keluarga dengan membawa mereka ketika menjalani penggambaran.
"Saya 'angkut' suami, dua anak dan pembantu untuk temani saya di lokasi penggambaran. Saya rasa gembira dan rasa lebih bersemangat untuk bekerja jika mereka bersama.
"Bukan setakat penggambaran di Malaysia, malah, luar negara. Saya tetap mahu keluarga ikut bersama.
"Saya sangat bersyukur kerana syarikat produksi faham situasi saya itu.
“Produksi juga tak pernah berkira atau tolak bila saya minta sediakan bilik besar jika penggambaran di luar daerah.
"Kalau tak ada bajet, saya sendiri keluarkan kos, asalkan suami dan anak-anak ada di depan mata," katanya.
Emma ditemui ketika sidang media dan pratonton drama bersiri One Million Dollar Voice yang diadakan di DADI Pavilion, Kuala Lumpur pada baru-baru ini.
Dalam pada itu, Emma memberitahu dia pernah mencuba untuk berjauhan dengan keluarga namun akhirnya situasi itu menyeksa dirinya sendiri.
"Pernah terjadi ketika saya ada penggambaran di Kelantan. Suami dan anak-anak tinggal di rumah.
"Memang rasa lain dan rindu membuak-buak. Sudahnya, saya menangis kerana teringat mereka.
"Saya terus hubungi suami dan minta dia bawa anak-anak dan pembantu ke Kelantan dengan segera untuk temani saya sampai selesai penggambaran," ujarnya lagi.
Untuk rekod, Emma berkahwin dengan juruterbang Muhammad Shazli Azhar dan mempunyai dua cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel, 3, dan Shakil Aryan Shah yang lahir pada 10 Mei lalu. -Gempak
Gempak
Sat Aug 26 2023
Menurut Emma, dia juga sanggup mengeluarkan kos sendiri untuk keluarganya sekiranya mempunyai penggambaran di luar kawasan. -Gempak
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
Rindu membuak bila berjauhan, Emma Maembong rela 'angkut' suami dan anak ke tempat kerja
Emma memberitahu dia pernah mencuba untuk berjauhan dengan keluarga namun akhirnya situasi itu menyeksa dirinya sendiri.