awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rita Rudaini tidak mahu berlakon dengan hero muda

Gempak
Gempak
20/10/2017
04:55 MYT
Rita Rudaini tidak mahu berlakon dengan hero muda
Rita akui tidak mahu berlakon dengan pelakon lelaki muda. - Foto Astro Gempak.
PELAKON Rita Rudaini mengakui dia lebih cerewet memilih pelakon lelaki yang akan digandingkan bersama dalam sesebuah drama lakonannya.
Tindakan itu jelas Rita bagi mengelak persepsi liar penonton yang boleh menjejaskan karier lakonannya serta menghindari perasaan kekok ketika berlakon.
"Saya memang perlu cerewet untuk memilih pelakon lelaki yang akan digandingkan bersama saya jika ditawarkan untuk melakonkan watak utama sesebuah drama atau filem.
"Perbezaan usia yang ketara mesti akan membuatkan keserasian kami terganggu. Rasa kekok pula," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Safi Rania Gold Beetox baru-baru ini.
Rita akui tertekan sekiranya digandingkan dengan pelakon jauh lebih muda daripadanya.
Malah, pemilihan pelakon lelaki penting bagi Rita supaya tidak menjadi bahan ejekan penonton kelak.
"Sebab itulah, kadang-kala saya sendiri yang akan memberikan cadangan pelakon lelaki yang sesuai untuk saya agar dipertimbangkan.
"Saya tidak mahu perkara ini dipandang sambil lewa sebab nanti penonton akan mengkritik dan menjadi bahan ejekan atau ketawa, mungkin tidak logik watak ibu serta anak dilihat sebaya misalnya.
"Kalau seseorang pelakon lelaki itu kurang sesuai dengan saya, tawaran itu terpaksalah saya tolak dengan baik," kata Rita.
Dalam perkembangan lain, Rita akan muncul bergandingan dengan Fasha Sandha dalam sebuah drama rantaian televisyen dengan melakonkan watak antagonis.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: IG @ritrud727, Pepatung
Topic Berkaitan
#antagonis
#Fasha Sandha
#Rita Rudaini
#Safi Rania Gold Beetox
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan