Perkahwinan pelakon sensasi Rozita Che Wan dan Zain Saidin diraikan dalam acara resepsi secara gilang gemilang.

Majlis bertemakan Inggeris ala dalam taman itu berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada Jumaat malam.

Mempelai mengenakan dua persalinan daripada Kudyn dan Rizman Ruzaini yang bernilai RM100 ribu.

Rozita kelihatan anggun dalam barangan kemas tajaan Habib bernilai RM11.2 juta.

Kedua pelakon ini diijabkabulkan dalam upacara pernikahan pada 11 Disember lalu.

Antara tetamu yang hadir seperti Ziana Zain, Ziela Jalil, Fazli Zainal, Sharifah Shahora dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Selesai majlis resepsi, pasangan ini bakal berlepas ke Eropah untuk berbulan madu selama dua minggu.