RUMAH tangga Gwen Stefani dengan Blake Shelton baru didirikan pada 2021. Namun baru memasuki 2024, pasangan selebriti tersebut didakwa sudah tidak lagi bahagia.

Malah ada gosip yang mengatakan Stefani dan Shelton bakal bercerai.

Menerusi temu bual bersama Nylon, selebriti berusia 54 tahun tersebut menjawab spekulasi yang bertebaran.

“Apabila anda dilamun cinta dan menghargai nilai antara satu sama lain, tidak ada yang boleh melangkaui kami,” kata Stefani seperti dilaporkan People.

Stefani kemudian menambah: “Anda boleh cakap apa sahaja yang anda mahu mengenai hubungan kami.

“Maksud saya, minggu lalu kami mahu bercerai atau sebagainya.

“Itu semua penipu. Hal sebenar hanya kami yang mengetahuinya.”

Vokalis No Doubt tersebut mula menjalin hubungan dengan Blake sewaktu menyertai The Voice pada tahun 2015.

Pada waktu itu, Stefani masih berkahwin dengan Gavin Rossdale dan Blake merupakan suami kepada penyanyi Country, Miranda Lambert. - Gempak