awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart

Bernama
Bernama
29/04/2024
23:45 MYT
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
STUART: Penyediaan teknologi baharu memerlukan masa untuk adaptasi selain dari segi operasi, penerbitan, penyiaran dan juga pengguna iaitu pengadil sendiri. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lebih banyak respons positif berbanding negatif, membabitkan penggunaan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) daripada kelab-kelab yang akan bersaing pada Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/2025.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Stuart Ramalingam berkata ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau merasakan perlu ada satu tempoh 'matang' diperlukan bagi memastikan kesempurnaan sistem tersebut untuk diadaptasi.
"Penyediaan teknologi baharu memerlukan masa untuk adaptasi selain dari segi operasi, penerbitan, penyiaran dan juga pengguna iaitu pengadil sendiri.
"Saya rasa dalam lapan perlawanan kita anjurkan ini adalah satu keputusan sangat teliti untuk kita menyediakan ruang latihan bagi pengadil, kelab dan juga segi penerbitan penyiaran yang diperlukan," katanya ketika dtemui pada Majlis 'Play True Day' di Axiata Arena Bukit Jalil di sini pada Isnin.
Pasukan terlibat dalam perlawanan pramusim menggunakan VAR bermula 23 April hingga 4 Mei antaranya KL City FC, Negeri Sembilan FC, Sri Pahang FC, Kelantan Darul Naim, dan PDRM FC.
Penggunaan VAR pada aksi pramusim itu sebagai platform untuk mengenal pasti masalah dan isu bakal timbul sekali gus membolehkan MFL bersedia dengan penyelesaian apabila sistem itu mula digunakan pada musim 2024/2025 yang membuka tirai 10 Mei ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Malaysia
#VAR
#stuart ramalingam
#pengadil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan