awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Russell Simmons didakwa rogol tiga wanita

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2017
02:06 MYT
Russell Simmons didakwa rogol tiga wanita
Russel Simmons menafikan semua tuduhan dan menegaskan hubungan dengan wanita-wanita berkenaan berlaku dengan keizinan mereka. Gambar fail
Umpama bom jangka, pendedahan kes serangan seksual dalam dunia hiburan Hollywood silih berganti.
Bermula dengan penerbit terkenal Harvey Weinstein, tuduhan demi tuduhan berhubung serangan seksual kini mula menjalar, melibatkan warga Hollywood, termasuk penerbit muzik serta chef selebriti.
Terbaru, akhbar The New York Times mendedahkan tiga wanita mendakwa pernah dirogol mogul muzik, Russell Simmons.
Kesemua serangan itu didakwa berlaku antara 1980-an ke 1990-an.
Pendedahan dibuat pada Rabu itu menyaksikan salah seorang mangsa, Drew Dixon, mendakwa Simmons merogolnya di kediamannya, dan kejadian berlaku pada 1995.
Seorang lagi mangsa, Tina Baker, mendakwa dirogol Simmons pada awal 1990-an, ketika mogul itu menguruskan kariernya.
Mangsa ketiga merupakan wartawan Toni Sallie, yang mendakwa dirogol di kediamannya pada 1988.
Saluran kabel HBO awal bulan lalu memaklumkan sedia mengubah pautan ke rancangan Simmons "All Def Comedy" selepas dakwaan salah laku seksual oleh penulis lakon layar, Jenny Lumet.
Simmons dalam satu kenyataan menafikan semua tuduhan dan menegaskan hubungan dengan wanita-wanita berkenaan berlaku dengan keizinan mereka.
Topic Berkaitan
#bom
#Harvey Weinstein
#hiburan
#Hollywood
#mangsa
#New York
#rogol
#Russell Simmons
#serangan
#serangan seksual
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan