CELOTEH Salih Yaacob di saluran radio Sinar FM tidak akan kedengaran lagi apabila personaliti terkenal tanah air menamatkan tugasnya semalam (Selasa).
Keputusan meninggalkan konti radio dibuat Salih selepas kontraknya sebagai penyampai berakhir.
Berikutan itu, Salih enggan memikirkan apa-apa rancangan lain, sebaliknya, mahu memberi tumpuan pada diri sendiri selain fokus pada keluarga.
Katanya, pengalaman dan kesempatan yang diberikan oleh Sinar FM selama 13 tahun disifatkannya sudah cukup memberi kepuasan kepadanya.
"Semalam (Selasa) hari terakhir saya berkhidmat sebagai penyampai Sinar FM yang akan juga menjadi penamat karier saya di konti radio.
"Alhamdulillah... saya rasa puas dengan apa yang telah saya lakukan selama tempoh itu. Sudah banyak kegembiraan dan keceriaan yang saya kongsi di radio," kata Salih kepada Astro AWANI berkongsi kisah pengakhiran kerjayanya sebagai personaliti radio.
Menurut Salih atau lebih mesra dengan panggilan Abang SY, pada usianya yang bakal mencecah 58 tahun pada November ini, beliau mahu memberi tumpuan pada kehidupan peribadinya.
Salih berkata, segala perancangan kerjaya dan kehidupannya sudah diatur dengan baik oleh Allah dan sebagai manusia, beliau harus melihat sentiasa positif menghadapinya.
"Allah dah bagi saya 38 tahun masa (aktif) dalam industri hiburan. Macam-macam kerja saya dah buat menyanyi, berlakon dan menjadi penyampai radio.
"Segala-galanya sudah diatur elok oleh Allah. Rezeki yang Allah salurkan Alhamdulillah semuanya untuk saya dan keluarga. Tiada apa yang perlu saya runsingkan lagi," ujar lelaki yang tidak pernah lokek senyuman itu lagi.
Dalam masa sama, Salih berkata, beliau gembira dapat menamatkan kerjaya sebagai penyampai radio dengan Sinar FM dengan cara yang baik.
Katanya, ada baiknya juga mengundur diri pada saat ini memandangkan perkembangan radio sejak kebelakangan ini memerlukan sumbangan dan kreativiti generasi mudah.
"Era radio sudah berubah. Saya tidak mampu untuk menjadi seperti generasi muda, sudah tidak sesuai buat saya," kata Salih penuh jujur.
Selain Salih, rakan penyampai personaliti itu, Adi Fashla Juraimi juga akan mengucapkan selamat tinggal pada Sinar FM menjelang hujung bulan ini.
Kontrak Adi, 41, juga tidak akan disambung sebagai penyampai stesen yang terkenal dengan lagu-lagu retro itu.
Menurut Adi, beliau berterima kasih dengan Sinar FM khususnya serta syarikat penyiaran Astro yang telah memberikan kepercayaan tidak berbelah bahagi padanya selama 15 tahun dalam dunia radio.
"Setakat ini, saya tiada sebarang perancangan apa-apa lagi, mungkin beri tumpuan pada kerja-kerja pengacaraan secara bebas," ujar Adi yang bakatnya mula dicungkil dari program realiti Akademi Fantasia musim pertama.
Salih dan Adi merupakan pasangan penyampai radio Sinar FM yang sentiasa menceriakan pendengar mereka pada setiap petang.
Sebelum menyertai keluarga Sinar FM, Adi merupakan antara penyampai radio terawal yang membina karier di stesen X-Fresh selama empat tahun sebelum dipindahkan ke stesen radio Era FM.
Penyertaannya dalam Sinar FM pula mencecah usia dua tahun.
Saharudin Musthafa
Tue Jun 04 2019
Salih Yaacob dan Adi Fashla ucap selamat tingga pada Sinar FM. - Gambar koleksi peribadi ADI FASHLA
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
Salih Yaacob tinggalkan Sinar FM, Adi Fashla menyusul
Celoteh Salih Yaacob di saluran radio Sinar FM tidak akan kedengaran lagi apabila personaliti terkenal tanah air menamatkan tugasnya semalam (Selasa).